Resipi Sambal Ikan Bilis Petai Yang Super Sedap

Saya dulu tak suka petai, tapi bila makan sambal ikan bilis petai kering2 macam ni sedap pula. Boleh start buat sambal kering bekalan bulan puasa ni. 




Ada yang suka petai kat sini?
Jom kita cuba sambal ikan bilis petai.

Bahan-bahan :

  • 2 genggam ikan bilis -> belah dan cuci bersih
  • 25 batang cili padi (tambah lagi kalau nak pedas menyengat)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 tangkai petai (kopek, belah dan cuci bersih)
  • minyak untuk menggoreng
  • garam dan gula secukup rasa

 

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis. Ketepikan.
  2. Tumbuk cili dan bawang besar. Tak perlu tumbuk sampai lumat.
  3. Tinggalkan dalam 2 sudu minyak bekas menggoreng ikan bilis tadi, tumiskan bahan tumbuk. Tumis sampai naik bau & pastikan cili benar-benar masak. Masukkan petai. Tumis lagi dengan api sederhana sehingga agak layu.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan ikan bilis yang siap digoreng tadi. Gaul sebati.
  5. Siap! Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.

 

Selamat mencuba 🙂

Kalau takut gemuk sebab dah makan nasi berpinggan-pinggan, boleh cuba Set Kurus Bajet untuk kesihatan sejagat..wiwiwi.

Nak produk Shaklee yang lain pun boleh hubungi saya ANIDA 0127917427. Whatsapp saya masalah anda, insyaAllah saya akan cadangkan vitamin yang!   !sesuai mengikut keperluan dan bajet anda.

Berminat nak buat side income? Boleh hubungi saya. Saya mencari 3 orang protege untuk sertai team kami.


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top