Persiapan Sebelum Bersalin Untuk First Time Mom

Sebenarnya untuk yang dah dua tiga kali bersalin pun, persiapan ini masih relevan. Bakal ibu yang hamil masuk 9 bulan dah mula rasa debaran nak bersalin. Berapa kali pun pengalaman tapi setiap kali nak bersalin tu mesti debarannya tak sama. Apatah lagi kalau first time mom. 


Jangan gundah. Siapkan mental dan fizikal ibu-ibu. Debar macam mana pun, baby mesti dilahirkan. 

Persiapan Bersalin Untuk Bakal Ibu Supaya Tenang

1) Letak Beg Hospital Dalam Kereta

Masuk je 7 bulan (atau masuk trimester ketiga), siapkan beg hospital untuk ibu dan baby dan letak dalam kereta. Bawa jelah kemana-mana sebab masa ni kita tak tau kot bila nak bersalin. 

2) Makan Seimbang

Ingat tau, mengandung bukan tiket boleh makan apa saja. (Walaupun memang ambil kesempatan kan). Pastikan makan makanan seimbang dan berkhasiat. Kawal berat badan semasa masuk trimester ketiga. Ini kerana fasa ini baby akan membesar, kalau ibu pun ikut membesar dikhuatiri macam-macam pula masalah timbul nanti. 

Yang penting jaga makan. Vitamin jangan skip. 

3) Tidur Yang Cukup

Bunyinya seperti mustahil. Tapi cubalah. Sebolehnya dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti diakhir kehamilan. Ini bagi memastikan ibu dapat rehat yang cukup sebelum berjuang di bilik bersalin. 

Dapatkan Ostematrix kalau ibu sering tak lena tidur. Boleh hubungi saya untuk order Ostematrix. 0127917427.

4) Banyak Berjalan

Ibu yang aktif biasanya mudah bersalin. Masa hamil anak kedua, saya warded dihujung kehamilan sebab false labor. Edd dah sampai so doktor tak bagi balik. Doktor pesan jalan ulang alik coridor untuk cepatkan bukaan. So ibu-ibu bolehlah rajin-rajinkan diri jalan di shoping mall atau taman. 

Boleh juga buat senaman ringan yang sesuai dengan ibu hamil. Jalan itik pun dikatakan membantu.

5) Amalkan Zikir Dan Doa

Bagi ibu yang beragama Islam, zikir dan doa memang dituntut. Gunakanlah senjata doa dengan sebaiknya. Mohonlah dipermudahkan urusan selamat segala. 

Antara doa yang boleh diamalkan,



6) Kebersihan Diri

Yang ini ibu kena peka. Selain rutin harian mandi semua tu, pastikan kebersihan bahagian sulit terjaga. 

7) Makan Sebelum Ke Hospital

Kita tak tau berapa lama kita nak kena berjuang sebelum baby keluar. Disarankan ibu makan terlebih dahulu sebelum ke hospital. Jangan biarkan perut kosong. 

Seeloknya ambil makanan rendah indeks glisemik supaya tenaga dapat dilepaskan perlahan-lahan. Jadi tak ada lah ibu cepat penat masa nak push.

8) Bawa Buku Pink

Memang sajalah kalau buku rekod kehamilan ni tertinggal. Letak siap2 dalam kereta sama macam beg hospital tadi. Sekurang-kurangnya kalau kata emergency pun, buku dah ada standby dalam kereta. Di mana jua ibu berada.

9)Teknik Pernafasan & Cara Meneran

Pelajari teknik pernafasan yang betul. Hadir kelas atau banyakkan membaca & rujuk kawan2 yamg lebih arif.

Semasa proses bersalin, pastikan meneran cuma ketika datang contractions sahaja. Sebab bila ada contractions je baby akan ditolak keluar. Jangan habiskan tenaga dengan meneran pada waktu yang tak perlu

10) Sokongan Suami

Antara banyak2 persiapan, yang ini paling penting sebenarnya. Iyalah, semua persiapan 1 - 9 tu memerlukan campur tangan suami. 

Sokongan suami sangat penting untuk mestabilkan emosi ibu. Kadang2 orang nampak ok je tapi dalam hati ya  ampuuuunnn.

Selamat bersalin!

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top