Makanan Yang Bagus Dimakan Ketika Berpantang

Tempoh berpantang biasanya banyak pantang larang tak boleh makan itu tak boleh makan ini. Takut urat kembang, bisa, masuk angin dan banyak lagilah yang ditakutkanšŸ˜…

Ibu yang tengah berpantang perlu ambil makanan seimbang dan penuh nutrisi untuk memastikan luka bersalin cepat sembuh, badan kembali cergas dan emosi terkawal. Jangan pula pantang ketat-ketat, semua tak boleh, sudahnya muka ikut ketat.

Jom tengok makanan apa yang bagus diamalkan ketika dalam pantang ni.

1) Halia 

Halia dikatakan dapat memecah angin dalam badan. Boleh dibuat sambal halia, tumbuk bersama ikan bilis atau ada juga yang hiris nipis & goreng rangup. Selain membuang angin, halia dipercayai boleh bantu untuk turunkan berat badan. 

2) Kunyit

Minum air pati kunyit memang rutin kalau berpantang dengan emak. Hehe. Makan kunyit boleh mengecutkan rahim & memulihkan luka dalaman juga. 

3) Rempah ratus

Bagi yang biasa memasak guna rempah ratus, boleh ambil sedikit untuk kegunaan masa berpantang. Rempah-rempah ni beri kesan panas badan & membuang angin. 

4) Asam Jawa

Air asam jawa sedap diminum time panas2 ni. Boleh jadikan minuman penyegar tenaga di waktu petang.

5) Sayuran, Ulaman Dan Buahan 

Antara sayur yang disarankan ialan sawi, pegaga, dan peria. Semua pun pahit. Hahaha.Sawi sedap sangat kalau masak bening. 

Pengambilan sayuran dan buahan sangat penting masa pantang untuk mendapatkan vitamin & mineral yang diperkukan badan kita.

6) Ikan, Ayam dan Daging

Mereka (?) adalah sumber protein yang mudah didapati. Ambil protein dalam setiap hidangan untuk membantu baik pulih luka bersalin.

Antara ikan yang fofular dikalangan ibu berpantang 

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top