Ayam Goreng Bersalut Sos Pedas Manis Masam Sedap

Nama resipi bukan main lagi tapau semua. Kisahnya teringin nak cuba ayam goreng pedas ala korea tu, tapi bijan tak ada. Sos tomato juga tak ada. 

Maka kita reka je ala2 kejadian ayam goreng pedas korea. Sebab tak pernah makan yang ala korea tu, tak tau lah rasa macam mana. Tapi yang saya masak semalam ni dijamin sedap. Haha.

Jom tengok bahan-bahan dia.

🌹 Ayam 6 ketul dibasuh bersih
🌹 Tepung bestari secukupnya untuk salut ayam
🌹 Minyak masak - untuk mengoreng

Bahan sos :

🌹 Sos cili
🌹 Sos lada hitam
🌹 Bawang putih 3 ulas
🌹 Halia 1 ruas jari
🌹 Cili padi 3 tangkai
🌹 air
🌹 gula merah
🌹 garam

Cara-caranya :

1) Salut ayam dengan tepung goreng bestari. Bila minyak dah panas, masukkan ayam dan tinggal. Jangan lupa check pulak dah masa ke belum. 

2) Cincang bawang putih, halia dan cili padi. Panaskan kuali atas dapur sebelah, tumis bawang putih dan cili sehingga 4 bau. Masukkan sos cili dan sos lada hitam sedikit. Tuang air sedikit supaya sos tak terlalu pekat.

3) Suruh anak ambil gula merah dalam petia ais. Masukkan sedikit. Kacau rata.

4) Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dalam sos dan gaul rata. Pastikan semua bahagian ayam kena sos. 

5) Siap!

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top