5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Dalam Pantang

Sekarang ni dah ramai yang memilih untuk berpantang di rumah sendiri. Selain tak nak menyusahkan ibu bapa, banyak faktor lain juga yang menyebabkan pilihan tersebut dibuat antaranya sebab anak sekolah. Tak kan anak nak ikut cuti juga kan?


Pantang di mana pun, yang penting ibu kena jaga kesihatan betul-betul. Janganlah terlalu sambil lewa sebab nanti kalau jatuh sakit, lagilah satu rumah huru hara. 

Walaupun ada banyak urusan rumah yang perlu disiapkan, ibu kena lebihkan berehat sebab lepas bersalin badan kita baru nak pulih, dengan baby yang baru nak mengatur jadual penyusuannya lagi. Kadang-kadang tak dapat tidur sepanjang malam.

Artikel ini akan kongsikan 5 perkara yang perlu dielakkan dalam 6 minggu pertama selepas kelahiran.

1. Angkat berat


Ibu jangan sekali-kali angkat bakul yang penuh berisi kain basuhan untuk disidai. Kalau pun perlu menyidai kain, minta suami tolong angkat bakul kain ke tempat penyidai. Tolong sidaikan terus lagi bagus. Mengangkat benda berat akan memberi kesan pada rahim ibu yang baru nak pulih.

2. Naik turun tangga


Jika bilik tidur ibu ditingkat atas, siapkan barang keperluan di tempat yang berdekatan jadi tak perlu nak turun naik selalu. Atau sebelum bersalin boleh cipta ruang berpantang di tingkat bawah, supaya tak perlu ibu turun naik tangga. 

3. Berenang
Walaupun bersenam memang baik untuk ibu lepas melahirkan anak tapi bukanlah berenang selepas seminggu melahirkan. Memadai dengan buat senaman ringan seperti senaman kegel, dan regangan badan ringkas. 

Ibu boleh mula berenang selepas minggu ke 6 jika luka bersalin dah sembuh sepenuhnya.

4. Memandu
Memandu kereta diawal tempoh berpantang dikhuatiri boleh membahayakan diri ibu dan orang lain. Sebolehnya minta bantuan ahli keluarga jika terpaksa keluar untuk ke hospital atau klinik. Ye lah, kadang masa pantang ni baby kena jaundis, nak kena ke klinik check darah. 

Jika terpaksa memandu sendiri, pastikan tempat luka dijaga sebaiknya. Jangan terlalu agresif dan pastikan pandangan ibu jelas & tak sakit kepala atau apa. Letakkan bayi dalam car seat.

5. Seks
Semua pun tau yang ini. Elakkan hubungan seks ketika dalam pantang. Selain untuk memastikan dalaman ibu pulih sepenuhnya, berhubungan ketika nifas adalah tidak baik untuk kebersihan (dan berdosa bagi yang beragama Islam).

Ada yang pantang 40 hari, 60 hari, 100 hari. Ikutlah mana2 pun yang tak mudarat. Suami kena betul2 memahami isteri yang lepas bersalin ni kena pulih sepenuhnya.

Berpantanglah sebaiknya mengikut keperluan badan masing-masing. Cara pantang terbaik untuk setiap orang adalah tidak sama. Jangan terlampau sekat makanan kerana badan yang nak pulih perlukan nutrisi secukupnya. Minum air masak kerap. Sokongan makanan tambahan sangat perlu bila mana ibu berpantang sendiri nak kekal cergas (walaupun bukanlah nak aktif buat kerja itu ini). 

Bila badan dapat nutrisi secukupnya, proses baik pulih pun cepat. Emosi pun terkawal.

Selamat berpantang!

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top