5 Peranan Suami Ketika Isteri Dalam Pantang

Pernah dengar tak kawan ke adik-beradik ke kata dia serik nak bersalin lagi. Bukan sebab tak tahan sakit bersalin tu, tapi sebab hazab masa tempoh berpantang. 

Dalam pantang jangan lalai pakai stokin ya

Seorang kenalan pernah meluahkan rasa, beliau rasa nak lari dari rumah pergi jauh-jauh bila masa dalam pantang pun sang suami buat tak endah. Tak menolong langsung. Sudahlah pantang sendiri dengan anak lain, suami pula cuma wujud umpama bayang-bayang. Fuhh. Saya tak tau nak respon macam mana ketika itu, cuma boleh minta dia bersabar. Yelah, tak kan nak suruh dia tiup bayang-bayang suami supaya hilang dari pandangan kot.

Begitulah kawan, masa isteri dalam pantang yang paling diperlukan ialah suami (dan emak). Walaupun isteri pantang dengan emak sendiri, suami jangan lepas tangan.

Kalau suami yang tak biasa atau yang kekok tak tahu apa nak buat dan malu nak tanya isteri apa yang dia perlukan, mari baca sini.

5 Peranan Suami Yang Didambakan Isteri Ketika Dalam Pantang

1) Ambil Cuti Lebih Sikit


Kalau suami kerja sektor swasta, ada yang cuma dapat paternity leave 3 hari, sehari pun ada. Sektor kerajaan 7 hari. Semua dikira dari hari kelahiran bayi. Suami boleh plan awal-awal untuk ambil cuti extra. Teman isteri di hari-hari pertama menjadi ibu. Kalau bukan anak pertama pun, teman isteri untuk sesuaikan diri. Tiap kali bersalin situasinya tak sama.

Lagipun 7 hari pertama tu ada macam-macam kemungkinan termasuk baby jaundis yang perlu berulang ke klinik atau warded.

2) Siapkan Air Mandian Pagi & Petang

Biasanya dalam pantang mandi air hangat atau rebusan akar kayu dan herba. Suami boleh bantu sediakan air mandian. 

Rebus siap-siap dan letak dalam bilik air. Janganlah biar isteri angkat sendiri air bawa ke bilik air untuk mandi. Walaupun nampak macam ok je angkat cerek bukan berat mana, tapi kesakitan tu lebih dekat hati. Siapa lagi nak jaga hati isteri kan? 

3) Sediakan Makanan


Menu dalam pantang ni biasanya simple je. Suami pun boleh bersedia awal, save lah resipi banyak dekat facebook. Hehe. Kalau yang memang jenis tak tahu sangat urusan di dapur, beli jelah. Boleh tempah khas menu untuk ibu berpantang atau pilih makanan di kedai yang ok untuk dimakan masa dalam pantang. At least untuk seminggu pertama, bagilah isteri betul-betul rehatkan diri. Sementara nak sembuhkan luka bersalin. Jangan tambah luka dihati pula.

Kudapan yang sesuai juga perlu sentiasa ready. Orang dalam pantang ni kerap lapar. Mungkin sebab baby pun kerap menyusu masa ni.

4) Uruskan Anak Sedia Ada

Jika pantang kali ini bukan pantang yang pertama, suami bolehlah ambil peranan urus anak besar. Siapkan anak seperti urusan mandi, makan, bersiap ke sekolah dan sebagainya. Jika anak biasanya tinggal di taska ketika ibubapa bekerja, boleh juga hantar masa ibu dalam pantang. Ini untuk kebaikan kedua-dua pihak. Emosi anak dan emosi emak. 

5) Ambil Alih Kerjarumah


Kerja-kerja rutin seperti basuh kain, sidai, sapu lantai, basuh pinggan semua tu nampak remeh. Tapi kalau dibiarka  tak berbuat, alamatnya karamlah rumah. 

Suami boleh cuba bantu buat kerja-kerja rutin tu. Paling kurang dalam 2 minggu isteri pun dah sihat dan boleh buat kerja-kerja ringan. 

Selain itu, peranan suami paling besar adalah mengurus emosi isteri. Janganlah buat tak tahu je. Luangkan masa berbual dengan isteri. Tanya ok ke tak. Penat ke tak. 

Bonus kalau suami bantu urut-urut kaki dan badan. Tapi urut jelah. Jangan ke lain pula perginya. 

Nota tambahan : Suami boleh siap2 belikan set pantang terbaik untuk isteri supaya isteri cepat sihat. Emosi terkawal. Susu untuk baby pun meriah. Suami juga yang untung nanti.


Kalau nak order set pantang terbaik tu boleh contact KakNida 0127917427. 

CONVERSATION

1 comments:

  1. Memang suami perlu bantu isteri masa pantang. Barulah emosi ibu berpantang lebih stabil.

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top