Resipi Nasi Impit Goreng Kegemaran Keluarga Saya

Abah sekarang ada di rumah saya, ini menyebabkan saya sentiasa fikir apa nak masak untuk sarapan esok, makan tengah hari dan seterusnya dinner. Haha. 

Nasi impit goreng ni antara menu-must-have di rumah kami bila raya. Biasanya pagi raya kedua kita akan makan ini. Hehe sebab masing-masing dah tak nak dah makan nasi impit dengan kuah kacang, rendang, lodeh segala. Tak kan nak buang kot. Maka kita potong-potong dan goreng. Sekejap je licin. 


Yang ni saya tak tumbuk cili sebab makan sekali dengan anak. T

Jom tengok bahan2nya. Mudah sangat.

Nasi impit / ketupat
Cili padi (ikut suka nak pedas bubuhlah banyak)
Bawang merah / bawang besar
Bawang putih
Ikan bilis
Ayam/daging/seafood - pilihan
Kacang panjang (potong halus) - nak guna sayuran lain pun boleh
Garam

Cara-caranya : 

1) Potong nasi impit sedikit kecil. Ketepikan.
2) Tumbuk cili, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
3) Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.
4) Masukkan haiwan pilihan. Kacau goreng sehinggan haiwan masak.
5) Masukkan nasi impit dan kacau hingga sebati dengan perencah. Masukkan sayur. Kacau lagi.
6) Perasakan dengan garam. Kalau yang suka nak letak pakaji atau cukup rasa ke resipi rahsia ke, pun boleh masukkan time ni. 
7) Dah sedap boleh senduk masuk dalam pinggan hidang. Makan satu family. 

Cubalah. Sedap. 

Saya sekarang tak tunggu raya. Kadang tu memang saja rebus nasi impit untuk goreng macam ni. 

😘,
Nida

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top