Makan Vitamin - Perlu Atau Cuma Membazir?

Vitamin, keperluan atau pembaziran? Soalan ini memang ada pelbagai jawapan. Dikatakan juga tubuh kita cukup dengan pengambilan makanan sihat dan seimbang sahaja. Ramai juga yang dalam situasi 'menafikan' keperluan vitamin ke atas badan sendiri sedangkan setiap hari.  terpaksa menanggung macam-macam tanda kekurangan nutrisi tu. 

Supplemen Vitamin Bukan Pengganti Makanan

Ada yang percaya supplemen vitamin ni pengganti makanan. Dah telan vitamin tak perlu makan makanan sihat. Sebab tu yang dah makan makanan pun kata mereka tak perlukan vitamin. Ada juga sejenis yang makan makanan rapu lepas tu claim tak apa sebab saya makan vitamin. Silap tu! Supplemen vitamin ni topup nutrisi yang kurang je, bukan mengganti yang tak ada. Nama pun supplemen bukan replacement. 

Secara jujurnya, makanan harian kita ni cukup nutrisi ke? Mungkin kita dah pilih jenis makanan kita, tapi macam mana dengan cara ia disediakan. Suhu tinggi ketika memasak boleh memusnahkan vitamin dalam makanan kita. 

Kesibukan harian juga salah satu sebab kita tidak dapat menyediakan makanan yang bernutrisi lengkap. Rata-rata lunch makan di kedai atau kantin. Makan malam pula memang pilih menu seringkas mungkin. Badan dah letih seharian, masak apa yang simple dan dapat kenyangkan perut 1 family dah besar sangat nikmat. Ada segelintir yang on the way balik rumah singgah makan dulu di kedai. 

Yang suka makan buah dan sayuran kata mereka dah dapat keperluan vitamin cukup dari buah dan sayur yang mereka makan hari-hari. Hakikatnya proses pengangkutan banyak menyusutkan nilai vitamin dalam buah-buahan kita. Suhu yang terlampau panas dan berkuap memusnahkan sebahagian vitamin dalam buah.

Belum kira dipetik ketika masih muda (kemudian diperam untuk nampak masak cantik), sembura  racun serangga juga sangat mempengaruhi kadar nutrisi satu-satu jenis tanaman tu.

Siapa Yang Perlu Makan Vitamin? 

1. Warga Tua Yang Tak Selera Makan

Bila dah tua, kadar penyerapan makanan pun makin lemah, ini menjadikan mereka sukar nak makan atau hilang selera. Keadaan perut tak sedap. Tentu-tentulah tak cukup nutrisi kalau macam ni.

2. Ibu Mengandung, Melahirkan Dan Menyusukan Anak

Bila pergi checkup mengandung, klinik kesihatan akan berikan vitamin untuk makan. Kalau tak perlu kenapa kkm bagi? Tapi memang ada yang degil tak nak makan vitamin dengan alasan nanti anak besar. Mohong je tu.

3. Pekerja Yang Sentiasa Sibuk

Makan pun tak sempat, biasanya order burger atau makanan simple yang boleh dimakan sambil buat kerja. 

4. Semua orang yang mahukan kesihatan optimum

Ya. Supplemen vitamin merupakan salah satu keperluan bagi orang yang mementingkan kesihatan. Ingat, vitamin untuk pastikan badan kekal sihat tapi ubat untuk merawat penyakit supaya sihat. Ia berbeza. 

Kalau anda baru pertama kali nak cuba makan vitamin, saya cadangkan pilih vitamin semulajadi supaya lebih berkesan dan tak membebankan buah pinggang anda. Pilihlah jenama Shaklee kerana ia terbukti dengan kajian klinikal dan bukti landmark study. Shaklee terkenal dengan motto berkesan, mesra alam dan selamat. 

Boleh hubungi saya 0127917427 untuk pesanan dan pertanyaan.

Nida,
Sid : 869589
0127917427
Cod area Ipoh Klebang
Pos seluruh Malaysia

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top