Kesilapan Semasa Berpantang Sendiri. Elakkan!

Sekarang ni makin ramai ibu-ibu yang pilih untuk berpantang di rumah sendiri. Ada juga yang tiada pilihan lain. 


'Mak dah tua, kesian pula kalau nak kena jaga saya dan anak-anak'
'Anak sulung dah sekolah, tak dapatlah nak balik kampung berpantang kat kampung'
'Mak dah meninggal, berpantang sendirilah kita' 
Itu antara alasan ibu lepas bersalin memilih untuk pantang sendiri. Berpantang sendiri dengan bantuan suami pun selesa. Senang nak minta tolong apa-apa. Takdelah segan sebab suami sendiri.


3 Perkara Penting Yang Ibu Perlu Fokus 

Bila pantang sendiri memang tak boleh elak untuk ibu disibukkan dengan rutin biasa macam tak berpantang. Kerja rumah memang tak pernah habis. Lagi pula kalau ada anak kecil lain yang perlu dijaga selain si baby.

Untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku, ibu kena fokus pada 3 perkara ini :

1. Luka bersalin cepat pulih
2. Badan ibu sihat cergas
3. Bayi cukup susu dan sihat

InsyaAllah perkara lain-lain akan berjalan lancar kalau 3 perkara utama ni dipenuhi sebaiknya.

Ibu boleh prepare set pantang sama ada yang tradisional atau vitamin, yang penting ia terjamin selamat dan berkesan. 


Berpantang sendiri bukan bermakna pantang cincai-cincai. Elakkan 6 kesilapan ini. Nampak kecil tapi kesannya besar.


1. STOKIN

Tidak memakai stoking boleh menyebabkan badan ibu dimasuki angin. Sakit badan dan lemah-lemah antara tanda-tanda badan masuk angin. Kalau boleh buka cuma time nak ke toilet je. 

2. BENGKUNG

Selain untuk kesan cepat langsing, bengkung sebenarnya membantu 'support' rahim kita. Lepas bersalin rahim ibu berada dalam keadaan fragile. Memakai bengkung juga boleh membantu ibu jalan dengan lebih selesa. Darah nifas juga keluar dengan lebih lancar bila rahim ibu dibengkung kejap.

Jangan ngelat pakai bengkung tau.

3. MAKAN TIDAK IKUT JADUAL

Biasanya perkara ini berlaku bila suami dah masuk kerja. Ibu seorang di rumah uruskan anak-anak dan bayi. Terlalu sibuk sehingga tak perasan matahari dah tinggi, ibu belum makan lagi. 

Untuk elak perkara ini, bangun lebih awal. Bersihkan diri ibu, siap bertungku dan bengkung sebelum suami pergi kerja. Lepas tu boleh prepare untuk masak lauk tengah hari yang simple. Sarapan pagi boleh ambil minuman panas & biskut atau kalau saya ambil minuman protein sihat ESP settle. Sihat pun sihat. Luka cepat baik juga.

4. TERLALU LASAK BUAT KERJA RUMAH

Memang kebanyakkannya tidak betah membiarkan rumah bersepah. Tapi kena ingat ibu masih dalam pantang. Fokus untuk cepat sihat dan jaga baby sahaja. 

Bukanlah langsung kaku tak boleh buat kerja tapi berpada-pada. Jangan pula melasak macam hari-hari biasa. Badan nak pakai lama.

Setakat siapkan baby, uruskan anak-anak lain, masak yang mudah-mudah tu dah memadai. Sapu rumah, mop lantai, basuh kain, sidai kain semua tu biar suami yang buat. Petang-petang kita tolong lipat kain je. Hehe.


Cerita berpantang sendiri di sini :
Paling penting sebelum berpantang sendiri, bincanglah dengan suami tentang jadual dan rutin baru. Apa yang penting kerjasama. InsyaAllah pantang sendiri pun boleh pulih cepat dan badan sihat cergas semula.

Kesilapan-kesilapan kecil yang kita abaikan masa berpantang ni kadang-kadang memberi kesan besar kemudian hari. 

Saya pun tidaklah berpantang ekstreme tapi tetap menitik beratkan penjagaan diri masa pantang supaya badan pulih sepenuhnya dengan cepat. Paling penting minum air masak secukupnya, makan makanan seimbang dan berkhasiat. Makanan boleh tak boleh tu terpulang pada diri sendiri selagi tak mudarat boleh diikut. 

Selamat berpantang bagi ibu yang sedang berpantang & bakal berpantang!

Boleh hubungi saya untuk dapatkan Set Pantang Terbaik :-)

Nida Ahmad
SID 869589
0127917427
Cod Area Ipoh Klebang
Pos Seluruh Malaysia


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top