Funtasy House - Destinasi Percutian Menarik Di Ipoh

Cuti sekolah dah nak tiba, mesti ramai yang mula berkira-kira nak bawa anak berjalan. Di mana pun destinasi pilihan ibubapa, saya doakan masing-masing bergembira dan dapat manfaat dari perjalanan tersebut.

Bagi yang masih belum ada idea nak berjalan kemana, jom bawa anak-anak ke Funtasy House Ipoh. Memang fun!


Ni kat area kaunter bayaran


Lokasi :
Funtasy House Trick Art
16, Jalan Market, 30000 Ipoh, Perak


Betul-betul berada di tengah pekan lama Ipoh, anda disarankan parking di depan Masjid Nageri sebab kawasan berhampiran tu memang susah sikit nak dapat parking. 

Pastikan masjid disebelah kanan, anda boleh berjalan ke depan dan lintas jalan. Funtasy House Trick Art ni berada di deretan kedai depan tu je. 

Waktu Operasi :


9am - 6pm (weekdays)
9am - 8pm (weekend & public holiday)

Harga Tiket :


Dewasa - RM15
Kanak-kanak - RM10
Warga Emas (60 tahun ke atas) - RM10
Baby (4 tahun ke bawah) - PERCUMA
Pemegang Kad OKU - PERCUMA

APA YANG ADA DALAM FUNTASY HOUSE TRICK ART NI?


Masuk ke dalam kedai ni, kat kaunter bayaran  dah dihidang dengan hiasan tin biskut lama. Memang mengimbau kenanganlah bila nampak tin biskut gula icing tu kan. 

Funtasy House ni menghidangkan lukisan 3D yang hidup untuk kita 'masuk' dalam dunianya. Memang best.

Di setiap station tu ada disediakan contoh gambar & cara nak posing. Juga dah ada spot kat mana 'photog' nak snap picture supaya gambar kita menjadi.

Staff mereka pun akan ikut kita untuk guide. (Dan boleh tolong snap gambar untuk 1 family juga). 

Sebenarnya saya pun baru 1st time datang sini setelah hampir 9 tahun menetap di Ipoh. Biasalah orang setempat memang selalu paling lambat pergi satu2 tempat tu. Haha.

Antara posing kanak-kanak dalam Funtasy House ni. Banyak juga gambar2 yang tak jadi😂

Kami pergi minggu lepas masa kakak saya datang. Agaknya kalau dia tak ajak, sampai sekaranglah tak pergi pun. Bila jalan kat pekan lama tu, ada banyak lagi tempat menarik kat celah2 jalan tu rupanya.

Kat celah2 jalan tu ada jual cenderahati.

Selain Funtasy House ni, boleh juga jalan2 ke Plan B. Tapi kami tak sempat hari tu sebab Abah dah penat. Kesian atukabah layankan anak cucu bergambar dekat Funtasy House tu. 



Dekat kawasan tu juga boleh melawat Galeri Yasmin. Yang ni memang saya nak repeat nanti sebab masa kami datang tu galeri ni tutup.

Galeri Yasmin tutup masa kami datang

Pada saya berbaloi bayaran RM15 tiket ni sebab memang enjoy. Walaupun tengok macam cuma aktiviti ambil-ambil gambar je tapi setiap gambar tu ada watak dan cerita sendiri. Anak-anak pun happy. 

Bolehlah jadikan tempat pilihan untuk jalan-jalan hujung minggu atau cuti sekolah. 

Malamnya boleh makan laksa sarang kat Ipohlicious Cafe ni. Barulah Ipoh😉

Nak jalan-jalan lawat kawasan ni pastikan bawa air masak. Memang dahaga tau. Ambil air tenaga & siap2 makan multivitamin untuk kekal cergas sebelum mulakan perjalanan. Barulah percutian sekeluarga tak stress.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top