Bisnes Dropship Terbaik Untuk Jana Income Tambahan

Ejen dropship merupakan orang tengah diantara pelanggan dan supplier. Jika anda mencari cara menambah pendapatan yang tidak memerlukan modal tinggi, menjadi ejen dropship adalah pilihan yang bijak. Tapi kena bijak pilih supplier/company yang anda nak join tu.


Bisnes cara dropship tidak memerlukan anda menyimpan stok. Anda cuma perlu daftar sebagai ejen dan boleh mula mempromosikan barang jualan mengikut syarat ditetapkan supplier/company tersebut. Bila ada pelanggan yang beli, mereka akan bayar harga barang kepada anda. Seterusnya ejen dropship akan bayar harga selepas tolak untung dropshipper kepada supplier & lengkapkan butiran penghantaran. Supplier yang akan urus bab packing & post sehingga barang selamat tiba di tangan customer.

Best kan?

Saya salah seorang yang menambah pendapatan melalui bisnes dropship. Pernah jual brooch, telekung, kain pasang, tudung, baju baby dan yang sewaktu dengannya. Pendek kata mana yang tengah in waktu itu saya pun join nak jual juga.



Sampailah saya jumpa Shaklee. Mula-mula makan sendiri lepas tu bila dah aktif berbisnes, memang tak tinggal dah.

Kenapa Shaklee Merupakan Bisnes Dropship Terbaik Untuk Tambah Pendapatan?

Bila kita daftar je sebagai ejen dropship (jadi ahli), kita terus dapat 1 website personal. Dalam tu ada semua penerangan yang kita perlukan dalam menjalankan bisnes kita.

Masukkan ID dan password untuk login ke website khas ahli ini.

Kita boleh klik klik untuk tahu rekod jualan kita, boleh daftarkan ahli baru di bawah ID kita. Memang best betul, jadi ejen dropship pun kita boleh recruit ejen bawah kita. Sama-sama jadi ejen. Sama-sama buat untung.

Isi butiran customer yang nak jadi ahli dan submit. Mudah sangat.

Daftar ahli baru semudah kita klik klik je. Semua tersedia. Lepas isi data dan buat belian, Shaklee yang akan proses order kita sehingga sampai ke tangan customer.

Untuk submit order pun sama. Bila ada customer yang nak beli vitamin, selepas customer bank in duit kepada kita, kita beli pesanan customer di website dan pihak Shaklee akan uruskan semuanya.

Penghantaran produk Shaklee ke tangan customer dijamin dengan insurans. Kalau pelanggan dapat barang yang rosak, boleh buat aduan dan pihak Shaklee akan gantikan dengan yang baru.

Apa yang lebih menarik, kalau biasanya kita dapat untung runcit dari jualan tapi dengan Shaklee kita dapat dua. Satu untung runcit dan satu lagi bonus pencapaian yang company beri. Bonus ni akan masuk dalam akaun kita pada pertengahan bulan.

Dekat tab atas tu ada 'Bonus Inquiry', kita boleh check berapa income kita dengan shaklee

Statement bonus ni kita boleh semak di website kita tadi. Nak tengok hari-hari pun boleh. Bonus ni boleh jadi petanda aras kita rajin atau malas bulan tersebut.

Kalau anda masih ragu- ragu dengan model bisnes yang sesuai untuk anda tambah income, saya cadangkan anda cuba jadi ahli Shaklee dulu.

Saya sedia menjadi mentor bisnes dropship anda.

Whatsapp saya di nombor 0127917427 untuk sebarang pertanyaan atau daftar keahlian.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top