Ayam Osek/Ungkep | Menu Jawa Yang Sedap & Senang

Menu ayam masak osek atau ungkep ni memang mesti listed dalam sebulan tu. Kadang tiap2 minggu. Haha. Tekak jawa memang tak boleh lari jauh.
Saya suka buat yang jenis banyak kuah, bukan cair tapi banyak bahan tumis tu. Sedap oii gaul dengan nasi panas. Anak-anak pun pakat suka. 
Nak masak dia punyalah senang. Tumis dan masukkan je ayam. Tutup kuali. Boleh buat kerja lain dulu, saya selalu settlekan basuh pinggan sambil tunggu tu. 
Jom tengok bahan & cara-caranya. 

Yang ni saya guna ayam pencen. Nampak tu ada telur kuning yang belum jadi. Nostalgia sangat telur tu dulu2 femes dekat meja makan beradab pengantinšŸ˜ƒ

Bahan-bahan :
Setengah ekor ayam (potong & cuci bersih)
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang merah*
3 sudu makan ketumbar (rendam & toskan)*
1 sudu jintan manis*
1 sudu jintan putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit / kunyit serbuk *
1 batang serai – dititik
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Perisa / Kiub ikan bilis / pati ikan bilis jika suka

Cara-caranya :
  • Kisar semua bahan bertanda *. Panaskan lebih kurang 3 sudu minyak masak untuk menumis.
  • Tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan serai yang dah dititik.
  • Masukkan ayam. Kaup balikkan hingga sebati.
  • Bila ayam dah separuh masak, masukkan asam keping. Kecilkan api & tutup kuali. Biar reneh sehingga ayam betul2 masak & rempah pekat.
  • Akhir sekali perasakan dengan garam & pati ikan bilis / bahan perisa jika suka.
  • Siap!
Makan dengan nasi panas memang tak sedar bertambah nasi. Regukan dengan sayur apa2 pun sedap. Selain ayam, daging masak ungkep pun layannn.

Cubalah!

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top