7 Tips Luka Episiotomi Cepat Sembuh & Tak Perlu Jahit Semula

"Saya takut ada jangkitan kuman pada luka, masuk wad ya kita check".

Terngiang-ngiang lagi suara doktor perempuan yang periksa keadaan diri saya masa demam dihari ke 15 dalam pantang. Masa tu saya cuma terbayang luka dijahit semula sebab ada kawan pernah cerita pengalaman dia. Memang ngeri woo!

"Boleh tak kalau tak masuk wad doktor? Suami tak ada, macam susah pula mak nak uruskan baby nanti". Ketakutan nak kena jahit semula tu mendatangkan keberanian mintak tak payah masuk wad. Serius seramnya kalau kena jahit semula. Jahit kali pertama pun habis tangan nurse kena cubit. Masih terbayang perasaan terasa benang tu lalu dekat kulit ke daging entah. Ngilu oii.


Sebenarnya doktor tak cakap pun kena jahit semula walaupun saya memang rasa ada jahitan yang terbuka sedikit. Dan doktor bagi izin tak perlu warded masa tu dengan syarat inform jururawat desa untuk beliau datang periksa luka saya setiap hari. Fuhhh lega. Saya tengok dekat kad kesihatan tu doktor tulis refused to admit. Hehe. Tanggung risiko sendiri ya.

Itu sebahagian babak pantang kali pertama. Memang dipenuhi saspen dan seram. Luka lambat baik, demam, susu sikit, macam-macam lagilah.

Lepas pada itu saya memang studi macam mana nak elak pengalaman pertama tu berulang. Lagi pula bila ada yang kata, kalau kali pertama pantang kita demam (bentan dia orang panggil) nanti bersalin seterusnya pun akan bentan. Alhamdulillah kata-kata itu cuma hiburan diangin lalu.

Jom nak share cara saya pulihkan luka bersalin cepat


1) Pastikan kawasan luka sentiasa kering

Selepas buang air, cuci vagina dengan air bersih dan dap kan tempat luka denga  tuala bersih dan kering. Dap dap tau, jangan rub pulak tempat luka tu.

2) Cuci dengan air garam


Rendam tempat jahitan denga  air garam dalam 10 minit kemudian keringkan.

Ambil segenggam garam kasar dan larutkam dalam 1 gayung air. Tambah air sejuk sedikit untuk bagi air suam-suam. Siramkan air garam di kawasan luka atau ada juga yang berendam tempat luka tu dalam air garam.

Air garam bantu elak kuman dikawasan tersebut.

3) Makan makanan seimbang dan berkhasiat


Jangan takut makan buah masa dalam pantang

Pantanglah dengan bijak. Jangan ikut-ikutan sampai merana diri. Nutrisi yang cukup sangat penting untuk penyembuham luka. Kalau dah kita hari-hari makan nasi dengan ikan masin je, daripada mana datang cukup nutrisi ni.

4) Elak sembelit


Ni paling penting. Bila meneran (akibat sembelit), luka ditempat bersalin menerima tekanan yang kuat. Ini boleh membuatkan jahitan bersalin tertetas.

Masa pantang kali pertama tu, beginilah yang berlaku. Memang saya sembelit teruk. Saya suspect jahitan terbuka sebab masa check tu ada rasa lain macam.

Pantang kali ke-2 dan ketiga, lawas!

Rahsia lawas masa pantang. Bye bye sembelit.

5) Jangan sapu ubat sembarangan


Ini bukan luka terkena pisau di jari ya, luka episiotomi ni duduknya ditempat paling privasi dan tersorok sekali. Jangan suka-suka bubuh minyak gamat atau krim sapuan sebarangan tanpa merujuk doktor.

Ada yang berani-berani cuci dengan dettol. Akibatnya benang tetas sebelum luka bercantum. Mungkin cecair tersebut terlalu 'tajam'.

Sapu ubat luka pemberian hospital atau kalau tak ada, cukup dengan cuci guna air garam tu je.


6) Minum air masak secukupnya


Larangan minum air masak sebab kata peranakan akan berair dan dibawah sana akan basah adalah tidak benar. Selepas bersalin kita kena minum air masak lebih untuk menggantikan semula cecair yang keluar.

Lagipun luka memang lebih cepat sembuh jika kita cukup air. Janganlah catu air cuma secawan sehari, akibatnya luka lambat baik, susu tak ada, sembelit, dan ini semua menyebabkan luka boleh tetas!


7) Makan suplemen vitamin untuk bantu luka cepat baik



Set pantang Shaklee lengkap dengan keperluan vitamin harian & vitamin untuk cepat sembuhkan luka juga.

Makan vitamin C, b complex, zinc dan ambil protein untuk bantu luka cepat pulih. Multivitamin pula untuk beri kesan cergas dan tak lesu. Luka jahitan saya pulih seawal seminggu masa pantang kedua dan ketiga, saya memang makan set pantang Shaklee sepenuhnya.

Semoga tips ini membantu anda. Jika anda sedang alami keadaan luka yang belum sembuh, jangan berlengah lagi terus hubungi saya ANIDA 0127917427 untuk pesan Set Pantang Cepat Pulihkan Luka ini.

Jika anda menanti masa melahirkan, sediakan Set Pantang ini untuk memastikan waktu pantang anda aman dan bahagia. Tanpa rasa takut jahitan terbuka dan nak kena jahit semula. Ewww..seram!

Sampai jumpa lagi.

Nida
Sid : 869589
0127917427
Cod area Ipoh Klebang
Pos seluruh Malaysia.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top