7 Tips Atasi Kemurungan Selepas Bersalin Agar Tak Gila Meroyan

Menanti kelahiran bayi yang dikandung 9 bulan memang merupakan detik cemas bagi ibu. Perasaan gembira, takut, berdebar semua ada. Tak kira kelahiran kali keberapa, perasaan tetap sama. Lebih-lebih lagi kalau kali pertama, semua serba baru. 

Kita membayangkan situasi gembira dan nyaman dapat peluk baby baru lahir. Rupanya bila bersalin, keadaan sebaliknya berlaku. Luka bersalin yang besar, susu badan tak keluar, bayi diserang jaundis, semua ini dah cukup membuatkan ibu rasa serba tak kena. Emosi jadi tak stabil. 

Keadaan emosi tak stabil ni boleh bertukar jadi masalah serius kalau tai diatasi dengan betul. Kemurungan lepas bersalin bukan mitos. Kajian menunjukkan 80% ibu lepas bersalin mengalami kemurungan dalam 2 minggu pertama. Itu normal dalam tempoh menyesuaikan diri dengan rutin baru. Tapi kalau berlanjutan sehingga lebih 2 minggu, ibu perlu dapatkan rawatan selanjutnya.


bagus makan buah buahan yang mempunyai pelbagai warna.

Tanda dan simpthom ibu yang, antaranya :

  1. Tak boleh tidur
  2. Gelisah
  3. Bad mood
  4. Menangis tiba-tiba
  5. Cepat marah
  6. Letih dan lesu
  7. Tak layan bayi

Bagaimana Nak Mengatasi Masalah Kemurungan Supaya Tak Jadi lebih Teruk

1. Makan makanan berkhasiat dan seimbang

Berpantanglah secara sederhana, yang penting sihat. Makanan seimbang penting untuk pemulihan luka bersalin dan kecergasan badan ibu. Air masak yang mencukupi juga sangat penting. Kalau boleh elakkan dari berpantang ekstrem sampai tak boleh makan sayuran dan buah.

2. Berurut dan bertungku

Selepas tempoh mengandung 9 bulan dan melahirkan, badan ibu mengalami banyak perubahan besar. Dari bentuk fizikal sehingga dalaman, masing-masing perlu dibetulkan dan dirawat sebaiknya. Amalan berurut dan bertungku sangat baik untuk ibu memulihkan kesihatan. Ia juga dapat membantu ibu rasa lebih relax dan selesa.

3. Berehat secukupnya

Memang lazimnya ibu dalam pantang tak cukup rehat. Bayi yang menyusu tak kira masa kadang-kadang menyebabkan ibu stress. Walaupun begitu, ibu kena peruntukan masa untuk berehat. Minta bantuan ahli keluarga untuk tengok-tengokkan baby sementara ibu merehatkan badan sebentar. Atau rehat masa bayi tidur. Jika berpantang sendiri, abaikan dulu kerja-kerja rumah yang tak berkesudahan tu.

4. Menyusukan bayi dengan susu ibu

..jika mampu. Semasa menyusukan bayi, akan berlaku skin-to-skin atau bonding dengan bayi. Perasaan ini mampu menenangkan ibu. Tetapi semua perlu dilakukan dengan ilmu. Jika lekapan tak betul, susu tak keluar, ia akan menambah kemurungan pada ibu. Ibu hamil disarankan menggali  ilmu penyusuan sebaiknya supaya kita dapat menyusukan anak dengan susu ibu sehingga 2 tahun.

5. Luahkan pada orang terdekat

Ibu perlu meluahkan apa yang terbuku dihati. Jangan pendam seorang diri. Berbuallah dengan ibu atau adik beradik atau suami. Berdiam diri seorang diri boleh menyebabkan ibu berfikir perkara yang bukan-bukan. Kadang-kadang keadaan sebenar berbeza daripada apa yang ibu bayangkan. Sebab itu kena luahkan.

6. Sokongan suami

Tempoh berpantang sepatutnya melibatkan suami secara total. Bukan isteri seorang yang kena tanggung. Suami perlu ambil berat urusan penjagaan bayi yang baru lahir dan isteri yang bertarung nyawa untuk melahirkan. Kalau ada anak lain, uruskan mereka sebaiknya. Peluklah isteri untuk memberi semangat. Bukan kata tak boleh bersama, terus dekat-dekat dengan isteri pun tak boleh. Sokongan suami dari segi fizikal dan emosi memang sangat penting dalam tempoh berpantang. Emosi isteri sangat fragile time ni.

7. Berzikir dan dengar bacaan Al Quran

Bagi ibu yang beragama Islam, boleh pasang bacaan ayat AlQuran sepanjang di rumah. Minta suami mengaji lepas habis solat. Kita juga boleh sentiasa berzikir dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah. Mintalah sihat tunuh badan dan emosi. Susu badan yang lancar dan mencukupi untuk bayi. InsyaAllah semua dalam lindunganNya.

Jangan lupa untuk dapatkan Set Pantang Ohsem dari saya supaya tempoh berpantang ibu lebih tenang dan sempurna. Tak perlu risau tentang sembelit dan luka yang tak sembuh-sembuh. Dengan set pantang terbaik ni badan ibu lebih cergas, luka cepat baik, emosi juga terkawal.

Salam sayang,
Nida
0127917427
Cod area Ipoh Klebang
Pos seluruh Malaysia.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top