5 Tips Serikan Wajah Dengan Ais. Mesti Cuba!

Wajah yang berseri merupakan impian ramai wanita. Tak semestinya kena putih. Wajah berseri dan kulit sihat lebih realistik berbanding putihkan kulit.

Saya nak kongsikan petua serikan wajah menggunakan ais. Selain mudah ia sangatlah murah!


1) MENGECILKAN LIANG PORI

Liang pori terbuka semasa kita mencuci muka. Rutin penjagaan menggunakan penyegar (toner) adalah penting untuk mengecilkan semula pori.

Kita boleh menggunakan ais untuk tujuan yang sama. Balut ais dalam tuala muka dan tekapkan pada seluruh wajah. Lebih efektif kalau buat macam ni sebelum mengenakan mekap.

Bila liang pori mengecil, mekap lebih cantik kekal diwajah. Bahan kimia pada mekap juga kurang masuk ke dalam muka kita.

2) MERAWAT & MENGECUTKAN JERAWAT

Sapu dan gosokkan ais pada jerawat. Jerawat mudah kecut dan bengkak dimuka beransur surut.

Ia juga membantu mengimbangi lebihan minyak pada muka dan memberi kesan  segar pada kulit.
.
3) MELANCARKAN PERJALANAN DARAH
Tekap ketulan ais pada wajah lebih kurang 1 minit. Ia membantu peredaran darah pada seluruh muka.

Lakukan 3 kali sehari setiap hari untuk kesan optimum. Ia membantu mengurangkan tanda penuaan seperti bintik hitam dan kedutan pada wajah.

4) MEMBERI KESEGARAN 
Dengan menyapu ais di seluruh wajah, peredaran darah dapat dibetulkan.
Ia memberi kesan sejuk dan segar pada kulit wajah.

Boleh letak ais dalam gelas kaca dan tekapkan permukaan gelas pada kulit muka-perlahan.

5) MENYEGARKAN MATA YANG SEMBAB


Mata letih biasanya disebabkan stress. Jangan ingat mata tak pandai stress tau.

Ambil ketulan ais dan balut dengan tuala kecil, tekapkan pada kulit mata perlahan-lahan. Ia mengurangkan kesan letih dan sembab.

Lepas ni dah boleh amalkan petua ni sambil-sambil buat kerja dapur. Buka peti ais, ambil ketulan air batu dan boleh sapu-sapu pada muka. Tak perlu keluarkan belanja yang tinggi untuk cantik.

Amalkan vitamin C untuk kulit sihat, cantik, dan berseri. Tentunya lebih berkesan dan selamat.



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top