Sambal Tempe Sedap Resipi Kaknida

Tajuk ni memang jujur. Hahaha. Kaknida memang selalu je masak sambal tempe, maklumlah I am the Javanese domestic goddess  khenn. Masa nak tulis entri ni tadi terfikir alahai resipi kacang macam ni pun nak kongsi, eh tapi jangan kau pandang sebelah mata satu ketika dulu pernah masuk keyword dalam blog ai orang cari cara rebus keledek tau.


Cakap banyak tak guna kak. Mari tengok resipi mudah ni. Yang penting sedap. Betul tak tipu punya. Kaknida masak yang senang dan sedap je tau. Ahaksss.

Yang ni resipi sama tapi tambah petai je.

Bahan-bahannya :
Tempe – 1 bungkus (yang dalam plastic tu, kalau beli yang bungkus kertas, dalam 3 keping) – hiris nipis.
Bawang besar sebiji – hiris
Cili padi – suka hati nak banyak mana, lagi banyak lagi pedas. Tumbuk.
Ikan bilis 1 cawan – bersihkan. Tumbuk ¼ cawan.
Garam secukup rasa.
Sedikit minyak.
Cara-caranya :
  1. Goreng tempe sehingga masak & agak garing. Goreng baki ikan bilis. Ketepikan.
  2. Kurangkan minyak, tinggal dalam 2 sudu untuk menumis. Tumis cili dan ikan bilis yang dah ditumbuk tadi. Masukkan bawang. Tumis sehingga layu dan naik bau. Keyword naik bau ni memang sinonim dengan masak-masak kan?
  3. Kecilkan api. Haha saje lah bagitau nak bagi panjang sikit cara-cara ni.
  4. Masukkan tempe yang dah digoreng tadi. Gaul mesra. Tambah garam secukup rasa. Jangan masin pulak.
  5. Siap. Boleh angkat dan hidangkan, makan dengan nasi panas.
Jangan lupa tutup api gas lepas masak tu. Karang kaknida tak tulis , uolls tak tutup pulak. Hahaha gurau je.

Sedikit info, tempe merupakan makanan berasaskan soya yang telah diragikan. Kacang soya merupakan sumber protein tanpa kolesterol yang baik untuk kesihatan kita. Kalau pergi pasar malam kita nampak ramai yang beli air soya panas dan taufu fa kan? Semua tu bagus sebagai sumber protein.

Tapi, untuk lebih bagus lagi kita kena pilih soya dari sumber non-GMO dan pemprosesan yang dijamin menjaga kualitinya.

Di Shaklee kita ada ESP, minuman tenaga protein berasaskan soya perisa vanilla asli. Memang sedap. Berkhasiat pula tu.


Kebaikan ESP yang anda kena tahu. (Klik sini).

Bulan ini Shaklee buat promosi ESP beli 4 dapat diskaun 5%. Promosi sehingga 31 Oktober 2017. Jangan lepaskan peluang untuk rebut 1 set ESP ni tau. Boleh buat stok 4 bulan. Jimat.

Nak beli boleh whatsapp kaknida di nombor 0127917427.

Kalau tak nak save nombor akak, klik je sini www.wasap.com/0127917427
Jumpa lagi,

Kaknida
0127917427
869589
COD area Ipoh Klebang (AEON & Petronas Tasek).

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top