Resipi Kek Coklat Pisang Ringkas & Sedap

Percubaan membolot keyword nampaknya😂 Nak jadi cerita saya terlupa ada pisang baki goreng kelmarin. Sedar-sedar dah masak ranum. Nak buat cekodok malas pula nak goreng. Maka kita menge-kek. Cari resipi paling senang je.

Resipi asal saya tengok di blog najihahabdulmutalib.blogspot.com, tapi saya adjust ikut bahan yang ada dekat rumah. Nasib baik menjadi sedap dan moist tau. Tu yang nak share ni. Haks.

Ni dah potong. Yang nampak putih2 tompok tu adalah pisang. 

Bahan-bahannya :

3 biji pisang sederhana besar - lenyek
1 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula perang
3/4 minyak masak
2 biji telur
1/2 cawan serbuk koko
Sedikit esen vanilla

Cara-cara :

1) Panaskan oven suhu 180° C selama 20 minit. Grisskan loyang / letak baking paper.
2) Masukkan pisang yang dah dilenyek tadi dalam mangkuk pengadun, tambah gula dan telur. Gaul sebati.
3) Masukkan tepung. Gaul lagi. Pastikan gaul sampai tak ada berbiji-biji. 
4) Masukkan esen vanilla & serbuk koko. Gaul sampai rata.
5) Masukkan minyak. Adunan akan kelihatan sedikit cair. Teruskan gaul sampai minyak sebati dengan adunan.
6) Kaup adunan dalam loyang dan boleh bakar selama 45 minit atau sampai masak.
7) Tunggu bunyi ting dan boleh sejukkan sebelum potong😉

Ini kejadian kek coklat pisang saya kemaren. Maafkan kawah gunung berapi tu 😂


Cubalah. Hasil dia moist dan sedap ada rasa pisang coklat gitu. 

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top