Punca Jeragat Yang Ramai Tak Perasan

Bila umur meningkat dan kita perasan makin banyak tanda-tanda jeragat dekat muka, mulalah nak gelabah. Sebelum cari krim apa nak tepek, ubat apa nak sapu lebih baik kita ambil tahu punca-punca munculnya jeragat ni. Bila kita tahu punca, kita boleh cegah jeragat ni. Nak hilangkan jeragat sedia ada, kena sekat jeragat baru daripada terus membiak.


Antara Punca Utama Jeragat

1. Sinaran matahari 

Matahari ada UVA, UVB, dan UVC. UVC tak sampai lapisan ozon. Yang UVA dan UVB ni kita kena jaga-jaga. Kalau kena pancaran matahari berterusan, memang kulit kita boleh terbakar (kesan UVB) dan lagi sadis boleh berkedut dan cepat tua (kesan UVA).

UVA (Aging) boleh pergi sampai lapisan dermis manakala UVB (Burn) tembus sampai lapisan epidermis sahaja. Untuk elak sinaran UV ni tembus ke lapisan kulit kita, kita kena pakai sunprotection macam losyen atau lagi special, ada yang dalam bentuk makan tau. 


Sinaran matahari direct diserap oleh kulit kita kalau tak ada perlindungan UV


2. Pengambilan ubat hormon

Wanita yang sedang dalam rawatan hormon, cenderung untuk mengalami jeragat yang teruk akibat hormon yang tak stabil. Kesan ubat juga akan memburukkan lagi keadaan kalau tak dicegah.

3. Hormon mengandung

Pernah tengok ibu hamil yang tiba-tiba kulit penuh pigmentation? Leher tiba-tiba kehitaman macam berdaki. Atau pernah alami sendiri? Ada kes yang lepas bersalin semuanya kembali asal, kulit licin semula. Tapi ada juga yang jeragat kekal walaupun anak dah makin besar. Jika ini berlaku, mesti ibu rasa rendah diri dan sedih. Kulit dah tak cantik macam sebelum mengandung.

Sepanjang tempoh hamil ibu disarankan mendapatkan nutrisi secukupnya supaya kulit ikut sihat.

4. Wangian

Pewangi termasuk sabun basuh, pencuci lantai dan segala macam air freshener kadang-kadang memberi kesan buruk pada kulit kita. Kesan ini dipanggil phototoxic. Bertukar kepada sabun dari bahan semulajadi dan essential oil untuk lebih selamat. Punca yang ni jarang-jarang disedari sebab kita ingat okay jekan bahan pewangi tu.

5. Tidak menjaga kulit muka

Ini punca kedua kerap terjadi selepas sinaran UV. Mekap dibiarkan tanpa dicuci dan terus tidur. Tak kisah untuk mencuci, menyegar dan melembab muka secara rutin. Kesian kulit muka. Hari-hari terdedah pada persekitaran, matahari dah tentu, ni habuk dan asap kenderaan pun bebas menyembur muka kita.

Bila perkara ni berlarutan, tengoklah sendiri memang wajah akan lebih tua daripada sebenar. Kulit kusam. Jeragat jerawat bermaharajalela.


Macam Mana Nak Hilangkan Dan Cegah Jeragat Dengan Berkesan?

Nah kita dah tahu punca, so sekarang kita kena ambil langkah untuk cegah dan hilangkan jeragat-jeragat yang ada ni.

Selain apply sun protection creme atau losyen, saya nak cadangkan dua produk ni yang rawat jeragat dari dalam.

1. Vitamin C Sustain Release 500mg

Vitamin C memang terkenal bagus untuk kulit. Kita kena ambil Vitamin C secukupnya setiap hari untuk menjaga penghasilan kolagen dalam badan. Walaupun banyak jenaka vitamin C diluar sana, saya memilih Shaklee SR Vitamin C sebab ia dari bahan semulajadi dan ada teknologi pelepasan mengikut masa (sustain release). Dengan teknologi ini vitamin C akan dilepaskan 100mg setiap jam, jadi sebiji tablet ni akan kekal dalam darah kita selama 5 jam. Tak macam vitamin C yang tak de teknologi sustain release, jumlah yang tak diserap badan akan keluar melalui air kencing. Kan membazir tu.

Vitamin C terbukti dapat

- memudarkan kesan jeragat
- menghalang jeragat baru tumbuh
- merangsang penghasilan kolagen, bila kolagen cukup kulit kita kurang kedut
- meningkatkan sistem imun
- mengelakkan jeragat baru tumbuh


2. GLA Complex

Gla Complex Shaklee dihasilkan dari ekstrak bunga borage. Kandungan GLA nya lebih tinggi daripada yang terdapat dalam Evening Primrose Oil (EPO). Dalam capsule GLA Complex ni juga ada Vitamin E yang memang terbaik untuk kulit.

Gla sangan berkesan untuk

- mencerahkan jeragat seterusnya menghilangkannya
- melembabkan kulit muka dari dalam. Bila kulit lembab, jaragat tak tumbuh dah.
- memperbaiki hormon, jeragat terjadi biasanya sebab hormon yang bercelaru. Kita betulkan hormon dulu.
- menjadi pelindung sinaran UV yang sangat berkesan, berjemur lama pun tak ada kesan terbakar kulit.
- memberi kesan pinkish pada pipi 😍






Dua produk ni adalah set mini untuk hilangkan jeragat. Walaupun mini, kesan dia boleh diyakini tau. Produk Shaklee melalui beratus-ratus ujian sebelum ianya dihasilkan dan dipasarkan. 

Jangan tunggu lagi. Jeragat ni makin lama makin merebak. Buat pilihan tepat dengan pilih produk semulajadi tanpa kesan ngeri rosakkan kulit tau.

Cepat hubungi saya untuk pesanan set jeragat mini ni. 

Anida 0127917427






CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top