Cara berkesan hapuskan lipas dalam kereta.

Kereta siapa ada banyak lipas? Aduiiii. Bila naik kereta waktu malam dan kita mula ternampak ada lipas lalu lalang dekat celah tepi2 tu, maknanya kereta kita dah mula jadi rumah depe. Lipas ni aktif di waktu malam, siang-siang dia tidur je gamaknya sebab memang tak pernah jumpa dia keluar waktu siang. Macam mana nak buang lipas dan halang mereka ni daripada terus membiak dalam kereta?




Sebelum tu, kena tahu dulu sebab apa kereta boleh ada banyak lipas? 

Antaranya sebab :
  1. Makan dalam kereta. Lepas tu serdak ke serbuk ke sisa ke terjatuh-jatuh dan ini menarik lipas untuk datang.
  2. Suka selit plastik kuihlah apa lah dekat celah poket tepi, alasan nanti nak keluar buang tapi lepas tu lupa berhari-hari plastic tu duduk situ.
  3. Anak tumpahkan air manis. Kita lap-lap tapi kesan susu ke milo tu tetap boleh dihidu oleh lipas.
  4. Tong sampah / plastic sampah dalam kereta yang tak bertutup lepas tu terlupa buang. Habit sediakan tempat buang sampah dah elok dah, tapi jenis pelupa ni memang tak boleh nak buat apa. Sila makan lecithin lebih sikit.
Kesimpulannya, lipas datang bila ada banyak sumber makanan depa. Sebolehnya buat peraturan tak boleh makan dalam kereta, barulah selamat dari sisa makanan. Selain itu kerap vacuum dan bersihkan dalam kereta, jangan asyik basuh luar je.

Nak ceritanya, saya perasan kereta kami mula banyak lipas bila masuk kereta waktu malam (lepas balik dari makan ke mana-mana ke), banyak lipas bertempiaran nak bersembunyi. Ini bahaya. Maka bermulalah sesi meng-google cara hapuskan lipas.

Antara petua yang saya dapat di internet :
 

  1. Perangkap lipas dengan sisa air teh 0 limau.
Caranya, lepas minum air teh O limau tu, tinggalkan sikit sisa dalam botol dan letakkan botol dicelah tepi kerusi. Letakkan secara menegak supaya lipas tak dapat keluar lepas masuk dalam botol tu. Ada pembaca yang komen kata dia cuba cara tu tapi Cuma dapat perangkap seekor je lipas dalam masa semalaman. Tapi ada yang kata berkesan & dapat perangkap banyak lipas.

  1. Letak daun pandan di bawah kerusi
Lipas dikatakan tak suka bau daun pandan dan depa akan keluar dari dalam kereta kita.

  1. Sembur pewangi
Konsep sama macam daun pandan kot, lipas tak suka bau wangi dan akan keluar dari dalam kereta. Tapi macam mana kalau lipas jenis suka perfume. Ahahahah.

  1. Bancuh minyak dan marjerin
Cara ini dikongsikan oleh seseorang dalam facebook. Caranya, isi minyak masak bekas gorengan dalam mangkuk dan campur dengan marjerin. Agak-agak je kuantitinya. Buat 2-3 bekas. Letakkan dalam kereta pada waktu malam. Boleh letak atas seat dan bawah kerusi. Esok paginya anda akan lihat beribu-ribu lipas berenang dalam minyak tu.

Pada mulanya saya dah tertarik nak cuba cara no.4 sebab rasa macam lebih yakin dengan petua yang itu. Lagipun bahan-bahannya semua ada kat dapur. Kononnya tunggu hari cutilah nanti nak buat.

Tapi cuti kemaren kami berjalan dan tersembang pula dengan kakak ipar pasal isu lipas ni. Wah. Rupanya dia pun baru je buat operasi hapuskan lipas dalam kereta.

Sembur Co-Go 11!

*gambar google*
Tak ingat nak ambil gambar yang kakak ipar punya.
Dia kata jenama CNI, satu RM17.

Saya memang sejenis tak membeli racun serangga ni jadi memang tak tau sangat. Tapi kak ipar kata benda ni berkesan. Lepas sembur, kereta pun tak adalah bau racun serangga.

Maka, malam kejadian tu beliau sembur Co-Go 11 ni dalam kereta kami. Esoknya pagi-pagi lagi saya dah tak sabar nak tengok hasil. Bila buka pintu kereta memang rasa nak pitam oiiii. Berjuta lipas rasanya bergelimpangan atas seat dan kat bawah. Banyak! Dari bapak sampai cucu cicit yang sebesar butiran pasir pun ada.

Yang ni hasil pengumpulan dekat seat belakang. Seat tengah & depan tak larat nak kumpul dah.


Teruslah operasi mengemas dan buang semua mayat lipas tu. Tak sangka macam tu punya banyak. Mula-mula saya kumpul juga sebab nak tengok dapat banyak mana, tapi lepas tu rasa nak muntah pulak. Terus masuk plastic sampah je.

Tapi memang puas hati. Kakak ipar kata dalam 2-3 hari sembur lagi untuk hapuskan terus kaum kerabat depa yang ada tu. Belum buat lagi ni, nak kena beli dulu co-go 11.

Sejam juga saya ambil masa nak clear kan semua lipas-lipas tu. Hari tu terus saya titik EO lemon dalam kereta nak bagi nyaman sikit.

Siapa yang dalam kereta dia ada banyak lipas tu boleh lah jom cari Co-Go 11. Lepas dah hapuskan lipas, jagalah kebersihan dalam kereta dengan lebih disiplin lagi. Kalau tak, tak habis-habislah kerja nak mengendali lipas je.

Semoga bermanfaat.

CONVERSATION

1 comments:

  1. kalau cakap Co-Go 11 dari awal kan senang..
    letih aku baca tau

    heheheheh

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top