Bisnes online bantu tambah duit belanja harian

Berniagalah sekalipun kamu telah kaya - Hassan Al Bana.
Apatah lagi kita yang belum kaya ni 😋😋

Zaman serba mahal ni kita cuma ada 2 pilihan. Kurangkan belanja atau tambah pendapatan. Kalau kita pilih untuk kurangkan belanja, belanja yang mana perlu dipotong? Rata-rata kita ni dah habis jimat dah. Sampai terpaksa mengaku pilih hidup seadanya sedangkan sebenarnya jauh disudut hati kita sangat penat memikirkan mana lagi nak tarik belanja.



Apakata daripada penat fikir nak jimat tang mana lagi, lebih baik kita salurkan tenaga kita tu tambah pendapatan. Usahakan bisnes kecil-kecilan dari rumah. Cari dan belajar buat bisnes yang tak perlukan modal tinggi. Elak dari mulakan bisnes dengan berhutang (buat loan beribu-ribu).

Paling simple, pilih bisnes online. Tak perlu sewa tapak. Tak perlu fikir nak pasarkan kat mana. Operasi dari rumah, tanpa mengganggu jadual harian. Cuma kena adjust masa je. 

Kenapa pilih bisnes online?


📱Mudah. Boleh dijalankan kat mana2 je. Yang penting ada internet, smartphone atau laptop/pc.
📱Boleh buat part time tanpa ganggu kerja hakiki. Update promo masa rehat. Tulis entry blog waktu malam. Lepas tu boleh masuk kerja macam biasa. 'Kedai' online akan bekerja sebaiknya.
📱Banyak bisnes online yang boleh dijalankan secara dropship. Maksudnya tak perlu urus stok fizikal. Promo, transaksi dan komunikasi secara online sahaja. Tau2 ada duit untung runcit dalam akaun. Kalau pilih Shaklee, sedar2 ada bonus masuk tengah bulan😙
📱Boleh jadi punca pendapatan utama surirumah dan suriramramsuriram. Sambil bisnes sambil jaga anak. Sambil live update sambil masak nasi. Duit masuk, keluarga pun terjaga.
📱Paling best, boleh mula dengan modal yang sikit. Atau tanpa modal duit pun. Tapi kalau dah namanya bisnes, modal keringat penat lelah memerah otak tu wajiblah kan. Kau ingat senang nak suruh orang masukkan duit dalam akaun kita? Tak kenal pula tu.

Lagi sekarang ni budak sekolah rendah pun dah ada smartphone siap internet. Rugilah kalau setakat guna untuk scroll fb, skodeng insta je. Lagi rugi kalau ralit guna untuk wechat update benda mengarut🙊

Kalau start buat dropship tudung ke barang2 sekolah ke pun berbaloi.

Untuk awak yang dah 18 tahun ke atas, boleh join bisnes Shaklee dengan kaknida😚


nidaahmad.com
0127917427



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top