5 Petua Hilangkan Jeragat Yang Berkesan

Topik jeragat datang lagi. Memang menghantui hidup betul jeragat ni. Kalau anda ada jeragat dekat muka mesti faham sangat macam mana perasaannya kan? Kali ni kita nak cerita tentang tips nak hilangkan jeragat secara semulajadi.





Sebelum tu kalau anda sejenis tak pasti jeragat tu apa, jeragat ni ialah bintik pada muka boleh jadi berlekuk atau tidak. Biasanya ia tumbuh setompok tapi ada juga yang merata-rata satu muka. Jeragat terjadi bila berlakunya pengumpulan minyak, sel kulit mati dan bakteria pada muka terutama area hidung, dahi dan pipi.
Ok, jom kita tengok tips atau petua yang boleh menghilangkan jeragat dengan cara semulajadi.

  1. Jus lemon

Selain popular sebagai ejen detoks, lemon juga dikatakan sangat baik untuk mengeluarkan minyak berlebihan dan membaiki sel kulit mati. Kaya dengan asid alpha hydroxy, jus lemon membantu menggelupaskan kulit dan juga memudahkan pertumbuhan semula sel.
Caranya, celupkan bola kapas dalam jus lemon dan letakkan jus pada muka anda. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan kemudian cuci muka dengan air sejuk. Ulang setiap hari sebelum tidur. Lakukan ini untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 bulan dan lihat hasilnya.

  1. Soda bikarbonat

Dulu saya ingat soda bikarb ni untuk buat kek dan yang sewaktu dengannya aje. Tapi bila mula ambil tahu tentang natural remedies, amboi boleh tahan multipurpose cik soda ni rupanya. Cuci rambut, cuci lantai semua pun boleh. Kali ni kita nak guna dia untuk hilangkan jeragat pula.
Caranya, ambil sesudu soda bikarbonat dan bancuh dengan air. Buatkan pes yang agak pekat. Sapu pes tersebut pada kulit muka yang ada jeragat. Biarkan seketika dan kemudian cuci dengan air bersih. Keringkan muka dengan kain. Ulang 2-3 kali seminggu hingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

  1. Epal Cider (cuka epal)

Cuka epal cider berfungsi seperti astringen dan dengan itu ia dapat mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit. Ia juga dapat mencegah jerawat.
Caranya, campurkan satu sudu cuka epal dalam satu cawan air. Letakkan pada muka anda dengan menggunakan bola kapas. Biarkan selama kira-kira 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.
Boleh juga campurkan cuka epal dengan tepung jagung dan sapu pada muka. Biarkan 15 minit dan gosok muka. Bersihkan muka dengan tuala yang direndam air suam. Kemudian bilas dengan air sejuk. Air sejuk untuk menutup semula liang roma yang terbuka selepas kita basuh muka dengan air suam tadi.
Lakukan setiap hari hingga dapat hasil yang dikehendaki.

  1. Cuci muka dengan teratur

Sepatutnya saya tulis ini sebagai tips pertama. Paling penting adalah menjaga kebersihan muka dari anasir2 luar. Lagi pula kalau jenis ber mekap, pastikan cuci solekan bersih-bersih. Jangan tinggal sisa pada kulit muka kerana ia akan menyumbat liang roma yang menyebabkan pengumpulan minyak, sel kulit mati dan menghasilkan jeragat.
Tapi tak boleh juga cuci terlalu kerap kerana muka yang terlalu kering juga akan menghasilkan minyak berlebihan.
Kalau nak lebih berkesan lagi, ambil Set Jeragat ini. Ia merawat dari dalam dan terbukti berkesan untuk dapatkan kulit sihat. Ada dua vitamin :

  1. GLA Complex

Ia berkesan untuk menstabilkan hormon sekaligus mencegah jeragat baru tumbuh. GLA sangat baik untuk memudarkan jeragat, memberi kelembapan pada wajah dan menjadikan ia sihat. Ia juga sebagai pelindung cahaya matahari. Ingat tau, sinaran uv antara punca jeragat tumbuh melata.

  1. Vitamin C

Pilih vitamin C semulajadi yang ada teknologi sustained release supaya tak membazir. Semua vitamin diserap badan. Vitamin C memang dah terbukti dan terkenal sebagai vitamin kulit. Ia mencerahkan dan merangsang penghasilan kolagen. Jika diamalkan secara konsisten, vitamin C dapat menghilangkan jeragat sedia ada dan mencegah jeragat baru dari tumbuh.

Paling penting untuk pilih produk yang ada bukti kajian dan terbukti selamat. Walaupun kita memang terdesak nak hilangkan jeragat, jangan pula beli sebarangan produk yang tinggi bahan kimia berbahaya. Takut nanti jeragat hilang tapi kesan lain pulak yang dapat. Ngeri.

Hubungi saya untuk pesanan set jeragat anda hari ini.

Nida Ahmad
0127917427
COD IPOH KLEBANG





CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top