10 Cara Untuk Konsisten Membaca Buku

Dah lama tak ke library, kebetulan hari ni TnB buat PM kat area taman kami & tak ada letrik.

Maka sesuai sangatlah khenn kita gi library. Sambil membaca sambil dapat sejuk😃😃

Macam biasa bila dengan budak2 memang masuk ruangan kanak-kanaklah. Kaknida baca Majalah Adik, terjumpa tips membaca buku. Meh nak share dengan semua😘

10 Tips Membaca Buku
**********************



1. Bawa buku sepanjang masa.
Bila bawa buku ni, time lapang2 tu boleh terus baca. Tak perlu yang terlalu tebal karang meregek pulak nak hangkut beg. Atau sekarang kan banyak buku digital. Lagi mudah.

2. Sediakan waktu untuk membaca.
At least 15 minit sehari untuk membaca buku. Baru otak kita bekerja.

3. Senaraikan buku yang nak dibaca.
Ni best. Bila dah siap baca, kita tick. Excited lain macam bila makin banyak buku dah tick. Senarai ni juga boleh jadi rujukan kita, buku apa next.

4. Beri tumpuan.
Masa membaca buku jauhi gajet. Kan kita dah khaskan masa membaca tadikan, so time tu letak tepi sekejap henfon atau apa2 aje gajet yang mengganggu tumpuan.

5. Buat catatan setelah membaca.
Ini untuk kita lebih faham dan ingat apa yang kita baca. Catat di fesbuk pun boleh 😊



6. Bacakan buku kepada ahli keluarga atau kawan.
Untuk adik2, boleh minta ibu ayah perbetulkan kesalahan bacaan kita. Baca kuat pun lebih senang ingat tau.

7. Kongsi buku yang dibaca dengan kawan-kawan.
Join kumpulan membaca atau kita sendiri bentuk satu kumpulan membaca supaya sentiasa semangat.

8. Baca genre yang diminati.
Buku ilmiah wajib baca, tapi buku-buku santai yang kita minat pun boleh masuk dalam list. Kalau suka baca buku cerita, bacalah.

9. Luangkan masa ke perpustakaan.
Macam kaknida sekarang😅
Dekat library ada banyak jenis buku yang kita boleh pilih untuk baca atau pinjam.

10. Tanda isi-isi penting
Ini untuk kita mudah ingat. Tapi tips yang ni sesuai untuk buku sendiri je tau. Kalau buku pinjam kawan atau perpustakaan, ikut tips no.5 - catat apa yang dibaca.

Jom kita membaca!

Kaknida,
Dulu-dulu suka novel Ahadiat -
Sekarang banyak baca buku tentang nutrisi.

Awak nak order vitamin Shaklee, boleh contact akak😘
0127917427

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top