Manfaat detox bukan cuma untuk kuruskan badan

Sejak kebelakangan ini detox dah jadi macam trend. Sana sini sembang pasal detox. Muncul macam-macam resipi dan kaedah juga. Baguslah kan? Maknanya semua pun dah semakin ambil tahu dan mula ambil berat tentang kesihatan badan masing-masing.

Buah sitrus antara yang femes bila cerita pasal detox.


Paling femes, air detox. Mudah disediakan. Ikutlah nak yang rebus-rebus ke atau yang rendam-rendam. Semua ada. Saya paling suka air rendaman lemon campur serai. Sejukkan pulak tu 😅

Apa detox ni sebenarnya?

Dalam bahasa mudah, detox merupakan proses menyingkirkan bendasing dari badan kita. Tak kiralah toksin, logam berat dan segala macam yang tak perlu. Kita jalani proses detoks untuk menyingkirkan semua anasir2 tu. (Anasir ke?).

Antara jenis-jenis detox yang popular, termasuklah detox parasit, detox logam berat, detox seluruh badan dan detox usus. Nanti saya akan ceritakan lebih lanjut setiap jenis detox ni dalam entri seterusnya😉

Manfaat detox bukan semata-mata untuk kurus

Nak kurus kena detox, tapi detox bukan semata untuk kurus. Wah gittew ayat dia.

1. Menyah toksin
Kita kadang-kadang masih rasa lemau, tak bersemangat, letih dan mengantuk walaupun dah cukup makan cukup rehat. Ambil suplemen pun tapi macam tak membantu boost energy. Kalau ini berlaku, cepat-cepatlah detox badan anda. Mungkin banyak toksin yang dah terperap dalam badan. 

2. Menyingkirkan sisa buangan
Walaupun membuang setiap hari, mungkin masih ada sisa-sisa yang tertinggal pada dinding usus. Dengan detox, kita boleh flush out semua sisa-sisa tu. Perut pun makin kempis tau.

3. Membunuh parasit
Parasit atau cacing ni bukan saja ada dalam perut tapi merata-rata dekat badan kita ni. Detoks merupakan salah satu cara nak matikan parasit2 ni dan singkirkan ia dari dalam tubuh.

4. Lebih positif
Ya. Lepas detoks kita akan rasa lebih segar. Lebih bersemangat. Tak lemau. Semua ni akan menambah nilai positif dalam diri. Otak kita pun lebih aktif dari biasa.

5. Awet muda
Nah ini yang semua orang mahukan. Kelihatan muda dari usia sebenar. Kulit tegang dan cantik. Kesan dari detox seluruh tubuh ni memang boleh beri sinar pada wajah. Kurangkan stress.

Cukuplah 5 manfaat dulu.

Stay tuned tau. Entri seterusnya nak cerita details tentang jenis-jenis detox & pengalaman saya berdetoks selama 7 hari.

😘,
Nida Ahmad
Sid 869589
Cod Shaklee Ipoh. 

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top