Nak bawa apa pergi hospital bersalin?

Bila dah sakit nak bersalin, kita tak ada masa nak fikir perkara lain melainkan nak sampai cepat-cepat dekat hospital. Kalau terus bersalin tak apa lagi, kot cuma false labour dan kena bermalam di hospital, barulah kita mula tak selesa sebab beberapa barang keperluan peribadi tak bawa.

Gambar dari Google


Untuk elak perkara begini berlaku, kemas beg hospital sebulan awal atau paling tidak 2 minggu dari tarikh dijangka bersalin. Ada juga yang kata seawal 7 bulan kandungan dah boleh get ready. Lepas dah siap kemas2 beg, letak berhampiran pintu keluar atau simpan je terus dalam kereta supaya senang nanti bila dah sampai masa nak ke hospital.

NAK BAWA APA?

Barangan Ibu


  • Baju yang selesa
  • Dua atau 3 helai bra menyusu & pelapik (pastikan bawa yang paling kita selesa)
  • Stoking 2 pasang
  • Selipar (bawa selipar getah yang tak licin, senang nak guna dalam toilet)
  • Sepasang baju yang selesa untuk pakai masa balik dari hospital nanti. 
  • Tuala wanita. Beli yang khas untuk ibu bersalin senang.
  • Seluar dalam pakai buang - 6pcs (1 peket)
  • Kelengkapan mandi - berus gigi, sabun, syampu, deodoran, lip balm, sikat, getah ikat rambut
  • Tudung jangan lupa bagi yang muslim. Kepam nanti pakai tudung sama 3 hari๐Ÿ˜„
  • Buku pink isi siap2 dalam poket beg tau.
Barangan Bayi

  • Sehelai baju lengan pendek, sepasang mitten & booties, sekeping lampin pakai buang - isi dalam 1 beg kecil (untuk dibawa masuk dalam labour room)
  • Sepasang pakaian untuk balik rumah
  • Topi bayi
  • 2 helai kain bedung / selimut
  • 2 pasang mitten & booties
  • Beg lampin - isi lampin, wipes (bawa peket kecil je tau).
Barangan Tambahan

  • Minyak panas untuk ibu
  • Set Pantang Shaklee - boleh terus makan lepas melahirkan
  • Tafsir Quran / Buku / Majalah
  • Charger handphone
  • Bekas kecil isi kurma / kekacang - untuk ibu kudap2
  • Bekal air masak & termos untuk isi air panas
  • Bantal kecil untuk selesa

Ibu tak perlu terlalu risau nak bawa banyak2 barang / baju kot kot kena tahan wad lama ya. Nanti kalau betul kena duduk lama (harap2 tak lah), suami atau ahli keluarga boleh ambilkan di rumah.

Kalau ibu masih tercari2 set pantang atau vitamin untuk keperluan ibu menyusu, bolehlah cuba Shaklee. Contact saya ANIDA 012 791 7427 untuk order & pertanyaan lanjut.


Nida Ahmad,
3 kali prepare beg hospital ๐Ÿ˜Ž


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top