Cara Mudah Perap Kambing / Daging Yang Sedap

Resipi perapan kambing ni memang dah macam resipi tradisi 1 keluarga. Haha. Senang sangat. Sedap pulak tu. Tak percaya? Kena cuba.


Bahan dia memang senang sangat. Tak perlu pen & kertas pun, ingat jelah dalam kepala. Atau korang boleh screen shot jelah haih..itu pun nak kena bagitau ka?

Ni dia bahan yang diperlukan untuk perapan kambing / daging.

1) Of course kambing / daging tu. Haha.
2) Bawang putih
3) Lada hitam
4) Sos cili
5) Sos tiram
6) Besen. Haha ni dah mengarut. Ingat jelah bawang putih, lada hitam, sos cili & sos tiram. Ha abis cerita.

Ok untuk cara2 korang tengok gambar ni. Klik gambar & baca caption sekali tau. Tak yah risau, senang sangat ni.

Mula2 goreng bawang putih & lada hitam. Kemudian tumbuk macam dalam gambar ni. Nak sedap guna lesung batu, kalau tak ada chopper brand tupperware ke tipuware ke pun boleh😁



Ok ini daging kambing dalam anggaran sekilo setengah. Saya guna bawang putih 2 labu, lada hitam 1 peket RM1.
Kambing ni suka hati korang nak potong kiub macam ni atau nak bakar sekeping2 tu. Ikutlah mana2 yang selera ya. Yang penting cuci bersih 😊

Seterusnya tuang sos cili, sos tiram & bahan tumbuk tadi. Gaul sebati. Sos banyak mana? Agak2 je sampai boleh melitupi semua bahagian daging. Saya guna setengah botol setiap 1. Dah sedap sangat dah. Haha.




Dah siap gaul sebati boleh perap. Lagi lama lagi sedap. Tapi kalau nak perap sehari semalam, simpan dalam peti ais tauπŸ˜ƒ Saya perap dalam 3 jam tadi. Kadang2 tak perap lama pun. Gaul2 letak tepi jap sementara tunggu basuh pinggan basuh kuali bagai, lepas tu terus masak. Sedap jugak.






Ni tadi saya tak ada lada hitam. Proceed je dulu dengan bahan yang ada. Dah perap tu baru dapat lada hitam, terus goreng & tumbuk. Gaul je. Kita buat dia 😎



Dah siap perap tu bolehlah masak. Resipi perapan ni boleh masak dengan cara bakar dalam oven atau nak masak dalam kuali atas dapur gas macam saya ni pun boleh. Bakar dalam pemanggang ajaib pun boleh. Guna periuk noxxa yang fofular dengan kepantasan memasak tu pun boleh. Ikutlah mana yang korang ada.

Gambar dalam kuali tu tengah tunggu dia kering sikit lagi. Lepas tu dah boleh ngap. Sampai tak sempat snap gambar yang dalam pinggan. Haha. Licin.

Nak buat lamb chop guna perapan ni pun sedap. Kalau nak pedas, korang boleh olah letak serbuk cili atau paprika. Lepas tu makan dengan french fries & salad. Fuhh.

Makan dengan nasi pun sedapπŸ˜ƒ


Ok korang, selamat mencuba!



CONVERSATION

12 comments:

  1. Baru nak cuba resipi kambing, berbuka nanti tau ler sedap ker idok.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cuba ke belum cik? 😊
      Sedap tak..hehe

      Delete
  2. saya dah cuba, alhamdulillah sangat sedap. Terima kasih ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana cuba resipi ni. Alhamdulillah kalau sedap.

      Delete
  3. Terliur tengok..ada daging korban ituhari sampai la ni x masak lagi x tau nak masak apa sebab x pernah masak kambing. Nampaknya boleh cuba hari minggu ni. Terima kasih Nida.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 kena dengan selera Puan sekeluarga πŸ˜˜πŸ˜‰

      Delete
  4. Nak tanya, kuah dalam gambar tu letak air ker.

    ReplyDelete
  5. Nak perap berapa lama tu sebelum masak? Hihi.

    ReplyDelete
  6. Masak Bbq ngn arang bole kew daging perap tu? Klu Ayam buat cam tu bole gak?

    ReplyDelete
  7. Baru try buat td mkn lunch...suami ckp sedap..perap 15 mnit jer..tQ

    ReplyDelete
  8. bawang putih tu goreng sekali dgn kulit ke?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. Step mula-mula, goreng bawang putih bersama lada hitam tu guna minyak ke?

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top