Cara Masak Ayam Ungkep / Osek Paling Senang Dan Sedap

Kaknida cuba untuk bolot keywordπŸ˜‚πŸ˜‚ Ok ok. Awak pernah tak makan ayam ungkep ni? Atau kalau kat kampung kaknida kitorang panggil osek. Lauk ni masakam jawa, tapi zaman serba nak mencuba ni yang tak jawa pun ramai suka makan ayam osek. Sedap woih.

Kalau suka banyak kuah, lebihkan awas dia & pandai2 sukat air banyak mana. Gerenti jadi.
Ayam ungkep ni antara menu utama dalam nasi ambeng. Tu yang dalam besen merah tu ayam ungkep /osek. Ni gambar masa kenduri kat kampung kaknida kemaren dulu.


Yang lagi best sebab bahan2 dan cara masak dia senang sangat.

Ni versi kaknida. Kalau awak ada resipi ungkep yang lain boleh share diruang komen, boleh kaknida cuba resipi awak pulak.

Bahan-bahan :

1 ekor ayam - potong dan bersihkan
2 biji bawang besar*
1 ulas bawang putih*
3 sudu makan ketumbar*
1 sudu kecil jintan manis - kaknida guna yang serbuk*
1 sudu kecil jintan putih - pun guna yang serbuk*
1 sudu makan kunyit serbuk / 2 inci kunyit hidup*
1 batang serai - ketuk
2 keping asam gelugur (asam keping)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula atau bahan perasa kalau suka

Cara-caranya :

1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar dan serai. Tunggu sampai naik bau & sedikit kering.
3. Masukkan ayam yang dah siap cuci. Gaul2 bagi mesra dengan rempah tu.
4. Kalau kering sangat masukkan sedikit air. Tutup kuali. Kecilkan api.
5. Agak2 ayam dah masak, kaup balikkan bagi masak sekata. Masukkan asam keping.
6. Perasakan dengan garam. Gula dan bahan perasa kalau suka. Rasa dulu ikut tekak masing2 karang terlebih masin pulak.
7. Siap.

Dah siap boleh makan dengan nasi panas. Kalau tadi masa nak masak ayam ni awak lupa masak nasi, mohon jangan nangis. Ratahlah dulu bahagian kaki ayam tuπŸ˜‚

Kaknida makan dulu ya😘

Makan dengan sambal ikan bilis cili api. Barulah jawa!

Psstt..jangan lupa sebelum makan ni telan lecithin dulu bagi mudah minyak2 dan lemak2 terurai. Lepas makan telan pula alfalfa & omega. Bagi potong cepat2 kolesterol πŸ˜…πŸ˜…

Kaknida,
Tukang masak jadi-jadian .






CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top