Ayam Nasi Arab ni senang sangat buat dia. Sedap pula tu!

Siapa suka makan nasi arab? �������� Kalau makan kat kedai nasi arab, 1 family memang 'masak' juga bil dia. Moh le masak sendiri kome��

Tapi kali ni saya nak share resipi ayam dia je. Mula memang rasa nak masak nasi arab, tapi cari rempah 4 sekawan kat dapur tak ada. Arang pun tak ada. Maka kita bertatih dulu dengan masak ayam dia. Memang menjadi! Senang sangat. Dan sedap sangat. Muahaha������


Resipi asal ayam nasi arab ni saya dapat dari facebook Najwa.


Lepas masukkan dalam periuk macam ni, tutup periuk rapat-rapat.

Resipi Ayam Nasi Arab yang senang dan sedap. Serius tak tipu.

Bahan-bahan :
- ayam setengah ekor. Basuh siap2.
- bawang besar 6 biji. Agak2 je ikut saiz bawang masing2. Hiriskan.
- kunyit serbuk 1 sudu makan
- garam 1 sudu makan. Saya guna 2 sudu garam bukit sebab garam ni selalu tak berapa masin. Adjustlah ikut garam masing2 ya.
- secubit serbuk zafaran (safron) kalau ada. - saya tak letak sebab tak ada :-)

Cara-caranya :

1) Lumur ayam dengan kunyit dan garam. Pastikan semua bahagian ayam tau.
2) Masukkan bawang dalam periuk. Susunlah bagi tutup semua permukaan periuk tu. Guna kuali bertutup pun boleh.

3) Letak ayam kat atas bawang macam dalam gambar atas tu.

4) Tutupkan periuk dengan aluminium foil nak bagi wap air tu terjun balik kat ayam. Bagi ayam tu sauna gitu. Saya tak ada aluminium foil ni saya guna kain yang selalu guna untuk tutup pengukus tu. Bolehlah asalkan bertutup rapat. Lepas tutup dengan penutup periuk macam biasa.
Tak ambil gambar pula nak tunjuk. Bayangkan je sendiri. Senang je kan.

5) Jangan lupa hidupkan api. Kecil je. Api paling kecil sekali. Biar ayam masak lebih kurang 30minit - 1 jam. InsyaAllah tak hangus kalau awak dah tutup periuk rapat2 dan guna api paling kecil. Nanti air ayam & bawang keluar. Ayam jadi juicy dan masak sempurna.

6) Lepas 1 jam tu, keluarkan ayam. Letak atas dulang pembakar dan bakar sekejap dalam oven nak bagi kulit permukaan dia tu rangup2 sikit. Kaut sikit bawang tu letak atas ayam, sedap. Suhu oven tu adjustlah ikut oven masing2. Saya tadi guna suhu 200C dalam 15 minit gitu. Siap!


Ni hasilnya lepas dah masuk oven. Yang hitam2 tu bawang tadi. Sedap pula bawang jadinya :-)
Nah. Saya makan dengan nasi putih + brokoli rebus + cili patah.

Kalau resipi asal dia, ada sambungan masak nasi pula. Tapi saya hari ni makan dengan nasi putih je :-) Pun sedap!

Next time kalau buat nasi arab saya share pula resipi nasi tu. Hehe.

Ayam ni sesuai sangat untuk yang cari resipi tanpa minyak yang sedap

Lepas makan macam biasalah jangan lupa telan Omega tau. Ambil alfalfa sekali untuk mudahkan proses flush out lelemak degil.


�� Nida,
Masak untuk keluarga dan share resipi dekat awak semua :-)


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top