Mee tarik warisan asli paling sedap di Malaysia?

Tiap kali beli barang kat Mydin, nampak kedai Mee Tarik Warisan Asli ni memang sentiasa penuh orang. Kelmarin dengar review dari sorang kawan kerja ni, terus rasa nak try.

So, rewards dari bonus Shaklee bulan ni kita bawak family makan mi tarik ��

Eh kenapa dah tengah bulan baru nak reward? Ha..inilah bestnya buat Shaklee, bonus masuk tengah2 bulan, dapatlah lega sebelum gaji masuk hujung bulan kan? Jangan tak tahu ada yang bonus Shaklee lebih besar dari gaji hakiki tau. Tapi tu kita cerita lain kali, entri ni kaknida nak share pasal mi tarik ni.


Fried wet mee with meat & fungus

Camtulah lebih kurang nama menu tu. Mee tarik goreng dengan daging & fungus (?). Kulat tu ha. Tak sangka betul nama dia memang fungus.

Kat sini ada menu mee tarik (semestinyalah kan) & nasi2 juga. Mee tarik datang dalam 2 pilihan, nak sup / berkuah atau yang jenis gaul-gaul ala spagetti gitu.

Basic dia, mee tarik + daging + mushroom / fungus, rasa dia ala paprik gitu.

Tekak jawa kaknida pilih yang goreng terus.
Sedap. Mee tarik ni dia rasa lebih kenyal. Yang best tak de rasa kapur. Siapa pernah makan mi siput yang direndam & goreng tu, ha lebih kurang rasa camtu.


Dari atas kiri, ikut arah jam :rice with mutton, fried wet mee with meat & fungus, egg fried rice, rice with meat & mushroom

Ya. Orang sebelah dan anak2 makan nasik. Nama je try kedai mee tarik. Haha. Begitulah hakikat kehidupan, dorang memang tak berapa enjoy makan mee. Kalau ada pilihan memang tak pilih mee. Nampak tak macam ni 1st & last time kaknida makan sini walaupun ia kategori sedap di tekak ku.

Yang egg fried rice tu nasi goreng cina lah! Hehe nama je kemain. Sedap. Menepati citarasa Nuha. Dekat habis dia makan. Sepinggan tu RM8.80.

Harga 1 hidangan mi/nasi kat restoran ni boleh kata mampu milik. Bolehlah nak datang makan sekali sekala. Harga dalam RM11.80 - RM13.80 camtu. Cuma ada lah menu mutton cucuk dengan pencungkil gigi tu dalam RM29.90 tak silap.

Air pulak harga biasa. Air mangga RM2.90, Milo ais RM3.50. Bebudak minuk milo ais dah semestinya.


Action Kamen tu makan biskut jelah

Kita boleh tengok macam mana mee tarik ni dibuat. Dorang buat kat depan kaunter bayaran tu je, disebalik cermin - bolehlah kita tengok.

Cara order? Bila kita dah duduk tu, pelayan akan beri kita buku menu, kertas & pensel. Kita tulis sendiri order. Lepas tu bawa kertas tu ke kaunter bayaran. Lepas bayar, tunggu je order kita sampai.

Dah bayar siap2 so lepas makan boleh kemas2 sikit & terus balik :-)

Kalau tak nak bersesak2, boleh datang pada hari bekerja. Kurang sikit orang. Weekend memang penuh.

Jumpa lagi!

��,
Nida




CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top