Resipi Rendang Hitam Sedap & Simple

Dalam banyak2 jenis rendang, rendang hitam ni sejenis yang sedap & senang jadi walau 1st timer.

Hehe. Betul. Rendang yang lain2 tu sedap tapi kadang cuba2 buat tak berapa nak sedap macam orang yang expert memasak. Kan?


Hitam2 si rendang hitam :p



Ok meh tengok bahan2 & cara2 merendang hitam ni.

Bahan-bahan :

Daging 1 kilogram
Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 5-10 biji (saya tak letak, saya tambah bawang besar lagi sebiji)
Bawang putih 1 labu
Cili kering 10-15 tangkai
Serai 5 batang
Lengkuas 2 inci (agak2 jelah)
Halia 2 inci (pun agak2 je)
Ketumbar 1 sudu
Rempah tumis 4 sekawan
Kicap lemak manis setengah botol kecil
Garam secukup rasa

Cara-caranya : 

1) Potong daging, cuci dan keringkan airnya (dalam kuali, api kecil)
2) Hiris bawang & bawang putih, gorengkan sehingga layu. Kisar.
3) Cuci bersih cili kering, toskan / lap dengan kain bersih kemudian goreng sekejap. Kisar.
4) Kisar halia, serai, lengkuas, ketumbar.
5) Panaskan sedikit minyak, tumis rempah 4 sekawan & bahan kisar. Masukkan yang geng halia dulu. Agak2 naik minyak baru masukkan geng bawang.
6) Bila dah agak kering, masukkan daging. Gaul sebati. 
7) Masukkan kicap. Kacau lagi. Jangan berhenti kacau nanti berkerak tengah kuali tu.
8) Perasakan dengan garam, letak sikit je, kalau tak pasti rasa dulu. Sebab kicap dah lemak manis masin semua, kot terlebih garam nanti pahit jadinya.
9) Kecilkan api dan bolehlah kacau kejap2 sementara tunggu dia kering tu.

Siap!

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top