Resipi Nasi Ayam Mudah Untuk Berbuka Puasa

Salam Ramadhan.

Nuha request Nasi Ayam lagi. Sebenarnya nasi ayam memang menu yang mudah disediakan dan sedap. Satu keluarga boleh makan. Tak perlu nak masak banyak-banyak jenis, lauk pedas dewasa dan lauk tak pedas untuk anak-anak.

Meh saya share reispi nasi ayam mudah yang saya biasa buat.


Bahan-bahan :

Untuk Nasi

  • Beras 2 cawan (untuk makan 4 org)
  • Sup ayam 3 cawan (guna cawan yang sama dengan cawan beras) - ambil kuah sahaja
  • Sedikit mentega
  • Secubit garam
  • Stok ayam / kiub pati ayam jika suka
  • 1 sudu santan - pilihan 
  • secubit kunyit serbuk - pilihan
Untuk Sup
  • Ambil beberapa potong ayam (dari bahagian yang hendak digoreng), ambil bahagian bertulang.
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • sup bunjut / rempah sup 4 beradik
  • Stok ayam / kiub pati ayam jika suka
  • Garam secukup rasa
  • 1 batang lobak merah - potong wedges
  • 1 batang seleri - potong
  • sedikit daun sup - potong halus
  • Bawang goreng - jika suka

Untuk Ayam Goreng Berempah

  • Setengah ekor ayam - potong dan cuci bersih
  • 3 batang serai
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit ketumbar
  • sedikit jintan 
  • 1 sudu teh rempah kari daging
  • sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng
Untuk Sos
  • 7 batang cili besar merah - buang biji
  • 3 biji cii padi (kalau nak pedas)
  • 1 ulas bwg putih
  • 1 cawan kuah sup ayam
  • sedikit gula
Untuk Salad
  • Salad
  • Timun
  • Tomato

Cara-caranya :

  1. Masak sup dahulu - didihkan air dalam periuk, masukkan bawang putih dan halia yang siap diketuk. Masukkan ayam. Masukkan sup bunjut, stok ayam / kiub pati ayam. Masukkan lobak merah dan seleri. Biar mendidih. Setelah mendidih perasakan dengan garam. Sup siap. Ketepikan.
  2. Masak Nasi - basuh beras. Ambil 3 cawan kuah sup ayam tadi, masukkan dalam periuk nasi bersama beras. Masukkan garam, stok ayam (jika suka), mentega dan serbuk kunyit. Kacau sedikit. Masak seperti nasi biasa.
  3. Untuk ayam goreng berempah - Kisar semua bahan (kecuali ayam lah kan). Perap ayam dengan bahan kisar sekurang-kurangnya 30 minit. Lagi lama lagi sedap. Panaskan minyak. Goreng ayam sehingga masak. Rempah tadi akan garing terlebih dahulu, angkat rempah2 tersebut sebelum hangus. Bila semua ayam siap digoreng, gaulkan bersama rempah-rempah tersebut.
  4. Kuah sos - kisar cili bersama bawang putih. Masak atas api perlahan. Masukkan 1 cawan kuah sup. Perasakan dengan gula sedikit.
  5. Sediakan salad, potong timun, tomato. 
  6. Siap. Nasi ayam mudah dan sedap sedia di hidang untuk seisi keluarga.
Tips Kak Nida :
* Jangan gaul nasi masa tengah masak untuk elak beras patah. Nanti tak cantik.
* Elak masukkan daun sup kedalam periuk sup kerana kuah sup tu kita nak guna untuk masak nasi dan kuah sos. Nanti susah pulak nak asingkan daun sup tu. Masukkan daun sup masa nak hidangkan sup dalam mangkuk.
* Lebihkan serai dalam ayam goreng berempah, lebih sedap dan lebih banyak serabut-serabut rempah tu.

Ok tu saja. Mudah. Lazat. Digemari seisi keluarga.

Selamat mencuba & selamat berbuka puasa.


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top