Pelan Langsing Paling Berkesan


Ramai ibu di luar sana mempunyai lebihan berat badan. Termasuk saya. Mesti stress kan bila kita mula berdiet tapi macam tak ada kesan atau makin naik pulak berat badan. Dalam usaha menurunkan berat badan kepada saiz asal..ayat tak boleh blah, saya nak kongsikan dengan anda semua rahsia strategi langsing paling berkesan.


Kenapa diet kita tak berkesan? Jom tengok apa puncanya.

1) MENAHAN LAPAR
Wohoo..makan ketika terlalu lapar adalah tidak digalakkan. Ini kerana kita cenderung untuk makan lebih banyak dan akan melebihi paras kalori yang diperlukan. Jadi, langkah selamat adalah ikut jadual makan yang tetap setiap hari. Pukul 12:30 tgh kita keluar lunch ya *__^

2) AKSES MUDAH MENDAPATKAN MAKANAN
Menyimpan snek di atas meja kerja anda adalah langkah tak bijak ketika diet. Kita akan menghabiskan snek di depan mata dengansekali hadap sahaja. Simpan snek atau makanan kunyah di dalam almari atau tempat penyimpanan lain di dapur. Pastikan jauh dari tempat anda selalu menghabiskan masa, letak tinggi lagi bagus. Cipta satu tempat yang anda malas nak ambik. Hihu.

3) PINGGAN YANG BESAR
Makan dalam pinggan yang besar menyebabkan kita cenderung untuk mengambil hidangan berlebihan. Sebab tengok pinggan tak penuh-penuh kan? Makanlah dalam pinggan yang lebih kecil, kita pasti akan kenyang dan dapat menghabiskan makanan secara perlahan-lahan.

4) MAKAN DENGAN CEPAT
Ini selalu tejadi pada waktu rehat tengah hari. Cuba nak salahkan waktu rehat padahal memang jenis makan laju . Kita biasanya cenderung untuk makan laju-laju kalau waktu rehat / waktu makan kita di catu. Terlalu lapar juga boleh menyebabkan kita gelojoh untuk makan dengan cepat. Makan secara perlahan membuatkan kita lebih cepat kenyang sebenarnya. Jadi tak perlu makan banyak, dah kenyang :-) Kunyahlah perlahan-lahan, kunyah 15-20 kali dan berhenti seketika sebelum menyuap makanan seterusnya. Jangan mulut masih penuh dah suap lagi ya.

5) MAKAN SAMBIL BERAKTIVITI
Aktiviti biasa yang dibuat sambil makan adalah menonton televisyen. Betul tak? Oh, zaman siber ni tambah lagi satu aktiviti, mengadap komputer sambil makan. Ketahuilah, kita cenderung untuk makan lebih dari biasa sebab tak sedar pun dah makan banyak. Sebab kita tak fokus pada makanan kita. Kita akan terus mengunyah sampai iklan, lebih malang lagi bila iklan kita bangun untuk tambah nasi bukan untuk basuh tangan T_T

6) KURANG BERJALAN KAKI
Sila angkat kibod siapa yang selalu cari parking paling jauh dari tempat yang dituju. Hehe. Rasanya kita semua kalau boleh nak parking kereta depan tangga AEON, lebih best lagi cari kawasan tangga yang ada mesin bayar parking. Atau kalau boleh kita nak parking depan pintu bank. Bagi yang pejabat di tingkat atas, anda naik tangga eh pagi-pagi? Hehe..mesti naik lift kan? Mulakan berjalan kaki dan menaikki tangga untuk membakar lebih kalori. Jom mulakan.

7) PENGAMBILAN DIET SODA BERKARBONAT
Lupakan minuman soda berkarbonat. Selain gula yang tinggi, ia mengandungi kalori yang tinggi dan menjurus kepada penyakit diabetis. Nanti kurus tak dapat sakit lain yang dapat.

8)KEINGINAN MENGUNYAH
Anda biasa mengunyah snek tortilla? Dalam bilik ada laci tempat simpan keropok rota, mamee dan segala macam jenis makanan ringan kegemaran? Tahukah anda? Makanan ringan itulah yang menjadi punca berat badan kita bertambah. Nama je makanan ringan. Kalau nak mengunyah, ambil buah-buahan atau makan salad. Salad pun berpada-pada dia punya dressing ya *__*

9)PENGARUH KAWAN
Dalam banyak perkara memang kawan akan dipersalahkan. Sebab tu orang kata pilihlah kawan yang baik-baik supaya kita pun jadi baik. Eh, tu cerita lain. Pengaruh kawan dalam tajuk ni maksud dia bila kita diet, ada pulak kawan yang memang bangsa kurus makan apa je pun tak perlu risau. Sedikit sebanyak kita mesti tergugat bila tengok kawan makan2 pisang goreng pulak lepas lunch kan? Takpe, bukan kena elak berkawan dengan dia, sebaliknya tolak pelawaan cara baik.  Minta maaf, sudah kenyang :-)

10) TANPA DIET HUJUNG MINGGU
Ini memang biasa. Lebih-lebih lagi bila balik kampung hujung minggu emak mertua masak gulai asrong ikan keli, sambal ikan bilis petai, ikan talapia fresh dari kolam belakang rumah bakar atas dapur. Memang makan berpinggan-pinggan. Itu baru menu tengah hari. Malam pulak makan gulai masam ayam. Perghh. Memang berkilo-kilo naik. Sia-sia kawal makan, kira kalori bagai dari hari Isnin sampai Jumaat kalau Sabtu Ahad kita makan macam tiada hari esok untukmu. Beribadat tak apa kalau buat macam tak ada hari esok dah.

11) KURANG TIDUR
Tidur secukupnya penting untuk kesihatan. Bukan tidur berlebihan ya. Sila ambil perhatian perkataan secukupnya itu :-) Ada orang perlu tidur 8 jam sehari, ada yang 6 jam pun dah cukup untuk bangun dengan semangat. Dapatkan tidur yang berkualiti.


Jika kita berjaya tukarkan 10 + 1 sebab diet gagal di atas kepada strategi langsing paling berjaya, tentu kita akan dapat berat badan yang diidamkan dalam tahun ini juga. Mulakan langkah kita hari ini. Jom parking jauh-jauh ^__^

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top