Izz Az Zahra is turning ONE!

Pejam celik pejam celik, Izz dah setahun. Setahun 2 hari pada entri ini ditulis.


Umi always pray for your happiness & semoga Izz akan sayangkan umi, ayah dan kakak selalu. Kitorang semua semestinya sayangkan Izz banyak!!
Terima kasih sebab membesar dengan sihat dan kuat, walaupun kadang2 banyak ragam nak mengempeng sampai umi kena balik tengah malam untuk melayan Izz yang nangis tak berenti ^__^

Oh, kita belum pergi jumpa doktor untuk jab setahun :-) Dah dekat 6 bulan Izz tak pergi jumpa doktor kan? hehe. 

Umi tak ada beli hadiah untuk Izz pun, tapi amiklah segala-galanya ini sebagai hadiah. 

Nama Izz kita pilih masa dalam kereta (masa tu tengah tunggu atukmak pegi repair cermin mata, oh baru lepas balik amik darah Izz untuk check jaundice), Izz Az Zahra tu umi & ayah pilih. Dengan harapan Izz akan jadi kekuatan kita untuk lebih berjaya dalam semua segi. Kalau ikutkan kakak, dia nak bagi nama adik Alysha Cekodok. Ya, umi yang eja Alysha tu..saje menambah perisa. Ia mungkin Alisha lah kalau betul2 nak  namakan adik dengan nama itu. 

Masa umi tulis ni, Izz dengan kakak tengah tidur. Kalau tak tidur mestilah esok baru umi dapat siapkan. Eh. Dah dengar bunyi. Baru taip pasal Izz tidur.

Ok, umi tulis ni memang untuk Izz baca di masa hadapan :-)

Nak tengok kek Izz pada ulangtahun pertama? Ya, kita tak kan sebut ulang tahun pun masa berbual. 


HAPPY BIRTHDAY ADIK, umi nak tinggalkan pesan sikit je, kurangkanlah menggigit ya T__T

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top