SUSU IBU : PANDUAN DAN LANGKAH AWAL MENJAYAKAN PENYUSUAN



Pemberian susu ibu secara ekslusif / exclusive breastfeeding kini semakin menjadi trend. Seiring dengan kesedaran  untuk memberi nutrien terbaik kepada bayi yang bakal dilahirkan, ibu-ibu moden kini sudah kembali kepada asuhan alami. Sangat bagus sebenarnya. Sana-sini kita sering di-tag dengan iklan cloth diaper, baby wrap dan kelengkapan pumping juga. Secara peribadi saya sangat menyokong penyusuan susu ibu ni. Saya sendiri masih menyusukan si kecil Az Zahra, ada lagi 2 fasa untuk diteruskan.

Secara jujur, saya gagal menyusukan anak pertama secara ekslusif. Cuma setakat 6 bulan pertama itupun dah top up dengan susu formula. Yup, past is past. Dengan kegagalan itu (kalau boleh dipanggil kegagalan sebenarnya), saya mengumpul info dan maklumat tentang susu ibu. Walaupun tidak hamil dan tidak merancang untuk hamil ketika itu. Saya join banyak group perbincangan tentang susu ibu, saya berkawan dengan ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka. Di dunia maya ni jugak saya berkenalan dengan ibu-ibu yang tandem nursing, yang menyusukan anak sehingga 5 tahun, yang ekslusif pam dan macam2 lagi cabaran ibu menyusu.

Jom kita semak sedikit panduan untuk memulakan penyusuan susu ibu.

SEMASA MENGANDUNG :

1) Berdoa dan sentiasa berniat untuk menyusukan bayi sehinggalah 2 tahun (sambil tu boleh usap2 perut) . Berniat juga dapat menyusukan bayi secepat yang boleh. Sekurang-kurangnya sejam selepas kelahirannya.Menyusu terus selepas kelahiran boleh mengurangkan risiko jaundis dan makin cepat stimulation ke atas breast yang dapat dilakukan. - kebanyakan hospital memang akan serahkan bayi kepada kita seawal 30 minit selepas kelahiran. Minta bantuan nurse untuk terus menyusukan bayi anda ketika itu. Tak perlu malu, insyaAllah nurse semua baik untuk membantu.

2)Melakukan pemeriksaan payudara semasa mengandung. (Selalunya di Klinik Kesihatan akan melakukan pemeriksaan tersebut). Ini bagi mengetahui ibu mempunyai puting payudara yang normal atau inverted (tenggelam).
Sekiranya hendak melakukan sendiri, boleh tarik puting dan melihat tenggelam atau tidak. - jika puting anda jenis tenggelam / inverted jangan risau. Boleh minta suami membantu dalam hal ini (tak perlu saya nyatakan disini :p) atau boleh juga dapatkan alat khas untuk tujuan mengeluarkan puting anda. Dapatkan panduan yang betul mengenainya.

3)Mencuci dan membersihkan kotoran di puting payu dara. Dengan menggunakan air biasa atau air suam (Jangan guna sabun) - penggunaan sabun boleh menyebabkan saluran susu tersumbat. Ambil sedikit masa semasa mandi untuk mencuci dan menarik-narik sedikit puting, jangan sampai melecet pulak.

4) Menghadiri kelas atenatal yang mengandungi Kursus Penyusuan Susu Ibu ataupun lebih baik menghadiri Kursus Penyusuan Susu Ibu samada dengan pihak swasta atau kerajaan. Rasanya di Hospital Rakan Bayi memang ada dijalankan kursus tersebut. - kursus seumpama ini memang penting. Bawa suami sekali menyertai kelas / kursus. Penyusuan ibu adalah tanggungjawab kedua ibu bapa, walaupun bapa tidak memain peranan secara langsung tapi sokongan bapa sangat diperlukan. It a must untuk melibatkan suami dalam dunia penyusuan ibu.

5) Kalau boleh cari Hospital rakan Bayi untuk melahirkan bayi. Sekiranya hendak di hospital biasa inform awal semasa check up lagi yang kita hendak fully breastfeed. Bagitahu juga hendak menyusu sejurus selepas kelahiran atau sekurang-kurangnya sejam selepas kelahiran kerana bagi merangsang susu yang akan dihasilkan.- Kebanyakan hospital kerajaan sekarang adalah hospital rakan bayi. Jadi tidak perlu risau jika anda bercadang untuk bersalin di hospital kerajaan.
6) Cari pam yang bersesuaian dengan skop kerja kita dan harga yang berpatutan. Skop kerja adakah kerja kita memerlukan selalu out station atau di ofis sahaja. Adakah bos jenis memahami? - buat survey & tanya orang yang berpengalaman tentang jenama yang bagus, berpatutan, tahan lama. Antara jenama yang sinonim dengan susu ibu seperti Medela, Avent, aksesori dari MLO dan sebagainya. Tidak perlu ikut trend sangat, beli yang termampu dan ikut keperluan kita. Ramai je yang berjaya mengepam dengan pam jenama Pureen dan Tolly Joy, cuma mungkin ia tiada warranty, tak de jual alat ganti. Ramai juga ibu-ibu yang mengepam guna tangan dan berjaya! Jadi ketiadaan pam bukan alasan.

7) Semasa usia kandungan 9 bulan, sudah boleh express susu untuk stimulatekan susu ye - Ini mungkin boleh  dilakukan dengan nasihat pakar. Semasa mengandung 9 bulan, saya ada tanya doktor berkenaan hal ini..doktor kata jangan pam. Jadi dapatkan nasihat gynae anda.

SELEPAS KELAHIRAN :

1) Selepas kelahiran hanya bagi susu ibu sahaja. Di awal-awal kelahiran memang susu sedikit sebab hanya mengandungi kolostrum sahaja. - jangan risau pasal susu sikit, perut bayi ketika ini hanya sebesar guli. Setiap ibu yang mengandung itu insyaAllah boleh menyusukan bayinya. Yakin itu.

2)Bila susu dah establish seperti after 2 weeks atau sebulan boleh start mengepam untuk buat stok susu.- 
pada masa ni, waktu pagi paling sesuai untuk mengepam. Ibu biasanya akan terbangun awal pagi ketika bayi masih tidur, gunakan waktu itu untuk mula mengepam. Ingat konsep penyusuan, demand and supply. Semakin banyak permintaan, semakin banyaklah penghasilan susu.

SELEPAS BEKERJA : 

1) Konsisten mengepam, sekurang-kurangnya 3 sesi untuk 9 jam waktu bekerja. Contohnya pukul 10 pagi (sesi 1), pukul 1 petang (sesi 2) dan pukul 4:30 petang (sesi 3). - jadual mengepam juga boleh diselaraskan dengan waktu rehat atau waktu solat bagi yang beragama islam. 

2) Bila balik rumah, direct feed bayi anda. Susu perahan tadi boleh disimpan untuk kegunaan esok atau disimpan sebagai stok. Biasakan beri bayi susu perahan fresh contohnya 4 botol ebm yang baru diperah hari ini dan 2 botol dari stok frozen ebm. Ini juga dapat mengelakkan susu luput tempoh jika tidak digunakan. - malam hari selepas bayi tidur (sebelum kita tidur pun boleh pam sekali lagi), boleh juga amalkan tandem nursing (sebelah direct feed, sebelahlagi pam).

3) Paling penting ibu jangan stress. Makan makanan berkhasiat, minum banyak air masak. Susu ibu mengandungi 80% air, kalau ibu tak cukup minum air macam mana nak produce susu. - memang ada orang tua yang akan catu air bagi ibu berpantang / baru lepas bersalin..pandai2 kitalah macam mana nak minum air tanpa kecilkan hati ibu / nenek / ibu mertua. Masa ni peranan suami juga sangat penting. Makan makanan seimbang, boleh je makan buah. Malah baik untuk penghadaman dan perkumuhan ibu.

Ok, bakal ibu dan ibu2 baru boleh mula kumpul maklumat sekarang. Menyusu ni bukan terjadi dengan sendiri, jangan berharap lahir2 baby je susu melimpah ruah. Semuanya dengan usaha, jangan lupa berdoa pada Yang Esa. Good luck semua!!

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top