Bagaimana Alfalfa Membantu Penyusuan

alfalfa

Alfalfa berasal dari perkataan Arab yang bermaksud bapa segala tumbuhan. Walaupun kurang diperkatakan di negara kita, kini ramai tahu dan ramai mula mencari kebaikan alfalfa sebagai makanan tambahan untuk kesihatan tubuh secara total. Alfalfa mengandungi vitamin, mineral dan nutrien lain yang sangat membantu dalam penjagaan kesihatan tubuh kita.

Antara kebaikkan Alfalfa : 


  • melegakan sakit sendi dan tulang
  • membanyakkan susu badan
  • menghilangkan kelesuan dan keletihan
  • mengurangkan kesakitan semasa haid
  • sebagai egen detox
  • merawat keputihan bagi wanita
  • merawat athma
  • meningkatkan tenaga bagi lelaki
  • membantu rawat tulang yang patah
  • menyeimbangkan hormon.
Alfalfa dikatakan dapat merendahkan kadar kolesterol dalam badan. Ia juga merupakan sumber vitamin K terbaik. Vitamin K membantu proses pembekuan darah di mana ia menggerakkan kalsium kepada protein yang membentuk jaringan mikroskopik untuk mengangkut sel darah merah.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa -

  1. Kalsium - membina tulang dan gigi, membantu dalam kecergasan, mengawal rentak jantung, melegakan saraf, membantu darah membeku.
  2. Kalium - untuk saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim, dan untuk mencerna lemak.
  3. Zat Besi - diperlukan untuk pembentukan hemoglobin, digunakan untuk mengangkut oksigen dalam darah
  4. Fosforus - perlu untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan vitamin D dan kalsium. Meningkatkan peranan tisu saraf.
  5. Sodium - mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, menghalang pembekuan darah, meneutralkan asid, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
  6. Silikon Magnesium - membantu menangani sembelit, ketahanan saraf, melindungi fungsi kulit, merangsang funsi otak.
  7. Klorin (klorida) - sebagai elektrolit penting untuk membersih dan menyucikan badan, mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji dalam badan.

VITAMIN yang ditemui dalam ALfalfa -

  1. Vitamin A - baik untuk mata. Membina ketahan terhadap jangkitan, menggalakan kulit yang sihat, menggalakkan pertumbuhan sel, penting semasa kehamilan.
  2. Vitamin E - melindungi sel2 daripada kerosakkan akibat sinaran matahari dan pencemaran udara, kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot, memperbaiki fungsi imun, menguatkan otot di dalam badan, membantu menguatkan dinding pembuluh darah, membantu fokus mata.
  3. Vitamin U - menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.
  4. Vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak, menggalakkan kesihatan saraf dan kulit, membantu kurangkan loya.
  5. Vitamin K - penting pagi pembekuan darah, fungsi hati, menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
  6. Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosforus dalam badan, diperlukan untuk gigi dan tulang kuat.

Alfalfa kaya dengan protein  - 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri dari protein,dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) --> membantu dalam penyusuan ibu.

Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah yang tidak boleh dicapai oleh tumbuhan lain.
Alfalfa adalah milk booster yang telah digunakan sekian lama di benua Amerika.

Rujukan : Master Lyna

Jadi, dengan segala kebaikan alfalfa ini, tidakkah kamu rasa perlu ada sebotol atau dua Alfalfa dirumah?


alfalfa


Hubungi saya untuk tempahan dan konsultasi percuma selepas pembelian.
SMS : 0127917427
Email : anida.ae@gmail.com
Facebook page : http://www.facebook.com/MomsStation

CONVERSATION

1 comments:

  1. Suka sangat lah dengan alfafa ni wahai adik munge. Hari2 wajib amik..hihii

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top