[Tazkirah Jumaat] : Hikmah Akikah

Salam Jumaat semua. Petang ni nak share tentang Hikmah Akikah. Sebenarnya baca2 buku Indahnya Hidup Bersyariat tulisan Dato' Ismail Kamus, terpanggil nak share kat sini. Amik berkat hari Jumaat :)

Mengikut dalam buku ni, ada 6 Hikmah melakukan Akikah :

1) Melahirkan rasa gembira atas kelahiran satu jiwa muslim baru yang sujud menyembah Allah SWT di dunia - semoga anak2 kita menjadi anak yang solehah/soleh dan berpegang pada agama hingga ke akhir hayat.
2) Mendekatkan diri anak itu kepada Allah atas akikah yang dilakukan.
3) Mengukuhkan tali persaudaraan sesama Muslim apabila majlis akikah tersebut dihadiri oleh kaum keluarga, saudara mara dan jiran tetangga - bila ada majlis2 macam ni bolehlah saudara mara jauh dekat datang bertandang, selain hari raya dan kenduri kahwin. Bukan bermakna hari2 biasa tidak boleh bertandang, tapi hidup dizaman serba cepat ni..berapa orang je antara kita yang sempat berziarah saudara mara setiap minggu kan? <_>
4) Sebagai tebusan anak tersebut dapat memberikan syafaat kepada ibu bapanya.
5) Menunjukkan tanda syukur kepada Allah SWT atas kurniaan-Nya.
6) Menjauhkan anak tersebut daripada segala bahaya dan bencana. - harap2 berkat dari akikah dan didikan yang sempurna anak2 kita akan dihindari dari bala bencana segala.


Walaubagaimanapun, tidaklah dipaksa akikah itu dikerjakan sebaik anak tersebut dilahirkan kedunia ini. Akikah hukumnya sunat. Boleh dilakukan khususnya pada hari ketujuh kelahirannya atau selewatnya sebelum anak itu baligh. Bagi Imam Malik r.a, akikah boleh dilakukan pada bila2 masa yang mempunyai kelapangan baginya.

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Salman bin Amir al-Dhabi r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud :

" Bersama bayi itu akikahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yng menyakitkan (iaitu kotoran dan najis)"


Rasulullah menganjurkan supaya anak lelaki diakikahkan dengan 2ekor kambing / seekor juga memadai (kibas, biri2 dan sebagainya) yg sempurna sifat dan syarat, sedangkan anak perempuan dengan seekor kambing sahaja.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top