Pentingnya minum banyak air bila kita makan vitamin

Emak saya mengadu sering rimas / panas walaupun sudah mandi berkali-kali. Bangun tidur jam 4:30 pagi pun emak terus mandi air sejuk dari kolah. Panas katanya.
" Mak ni banyak sangat makan ubat agaknya, sebab tu badan panas" - emak membuat konklusi kepada masalah sering panas tu. Ya, emak saya mengambil ubat diabetis dan mengambil suplemen kalsium, minyak ikan, dan segala jenis vitamin yang diberi oleh doktor. TAPI, emak kurang minum air.

pic from google

YA, masalah panas badan emak saya tu berpunca daripada kurangnya pengambilan air masak. Bukan tidak minum, tetapi tidak cukup. Bagi pengamal suplemen, pengambilan air adalah sangat penting. Perlu minum 3L / lebih air. KENAPA?

- Vitamin yang kita makan adalah dalam bentuk yang pekat. Jadi badan kita perlukan banyak air untuk melarutkan vitamin2 tersebut.

- Vitamin perlukan air untuk menyingkirkan toksin dalam badan. Anda perlu gembira sebenarnya jika sering ke tandas untuk membuang air, kerana bersama-sama bahan buangan itu..toksin pun terbuang sekali :)

Bagi mengoptimumkan kebaikan vitamin / suplemen yang anda amik, minumlah air secukupnya. Pastikan 3L atau lebih ya!

:)



CONVERSATION

1 comments:

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top