[Info vitamin] :Apa ada dalam B-Complex


Vitamin B-complex terdiri daripada 8 vitamin berbeza. 8 vitamin ini adalah tiamina (B1), riboflavin (B2), niasin (B3), Pantothenic acid (B5), pyridoxine (B6), Biotin (B7), asid folik atau folat (B9) dan cobalamin (B12). Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam metabolisme dan pertumbuhan badan, serta kesihatan enzim yang membantu dalam tindak balas kimia. Vitamin B terdapat dalam daging, kekacang, buah-buahan dan segala jenis sayur - sayuran.
Apa ada dlm 8vitamin itu :
-Thiamin untuk metabolisma tenaga. Thiamin memberi bau kurang enak pada vitamin B.
-Niasin pula sebahagian daripada ko-enzim yang digunakan pada metabolisme tenaga.c
-Riboflavin juga terlibat dalam metabolisme tenaga. Roboflavin memberikan warna kuning pada urine.
-Asid Pantothenic juga co-enzim yang berperanan dalam metabolisme tenaga. 
-Pyrodoxine membantu asid amino  untuk metabolisme asid lemak serta pembentukan sel darah merah.
-Biotin terlibat sebagai ko-enzim dalam metabolisme tenaga, lemak, pembentukan glikogen dan metabolisme asid amino.
-asid folik / folat pula berperanan penting dalam pembentukan sel baru. Sebab itu folat/asid folik penting untuk ibu hamil dan menyusu.
-Cobalamin, yang memainkan peranan dalam pembentukan sel baru, sel saraf dan membantu untuk memecahkan asid amino dan asid lemak.
Vitamin B Complex yang terbaik adalah yang mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B. Vitamin B adalah larut air dan tidak akan disimpan di dalam badan kita. Jadi untuk anda yang sering keletihan, tidak bermaya & stress, B complex adalah saranan terbaik untuk anda.
*Pengambilan air yg mencukupi sangat penting bagi  mendapatkan kesan vitamin yg optimum.
Anda boleh cuba B-Complex Shaklee, kerana ianya vitamin semulajadi yg tiada kesan sampingan.
Email saya untuk info lanjut / order [anida.ae@gmail.com]

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top