[Set Berpantang] : Jaundice mengganggu jadual pantang si ibu?

Alhamdulillah. Saya selamat melahirkan bayi kedua. Syukur pada Allah. Walaupun suami tidak sempat untuk sama2 berada di labour room tapi saya tetap bersyukur semuanya selamat. Bersalin hari Jumaat, Sabtu dah boleh keluar wad.

Kisah jaundice baby bermula setelah kami balik ke kampung saya di Johor. Dalam perjalanan balik tu saya dah perasan mata baby macam dah kuning2. Sampai kat kampung, terus laporkan kelahiran di klinik desa berhampiran (untuk nurse tu datang buat pemeriksaan susulan dirumah). Dan2 tu jugak nurse suruh bawak baby pergi check darah sebab mata, muka, tangan, kaki semua nampak kuning. 
Setiap hari jugak dalam seminggu tu saya bwak baby pergi amik darah. Memang xdelah istilah org berpantang tak boleh keluar rumah, tak boleh jejak tanah sampai 44hari time tu. Disamping risau tahap bilirubin baby yang lambat turun tu, macam2 petua le saya buat.

Mandikan baby dengan air daun kucai, mandikan dengan air biji selasih, mandi dengan herba cina - semua pun saya cuba. Ada juga yang kata top up dgn susu formula baru cepat hilang kuning. Saya diam je, mengiakan tidak menolak pun tidak. Tapi dalam hati berdoa sangat semoga baby Izz dapat menyusu badan secara exclusive. Bidan yg datang mengurut suruh bagi air masak, pun saya diam juga.
Nurse di klinik kata makan anggur banyak2, yg ini mmg saya pulun habis-habisan. hahahaha..ambil kesempatan  namanya. Kunci sebenarnya adalah kerap breastfeed baby. Baby jaundice akan cenderung untuk tidur dalam jangkamasa yang lama. Saya dan suami seboleh-bolehnya akan kejut baby 2jam sekali. Lepas tu beralih pulak kepada 1jam sekali. Saya juga akan pam susu sbb nak tau banyak mana baby minum. Kira memang masa tu fikirkan baby je. Bacaan bilirubin ketika itu turun naik. Memang saya risau. Masuk minggu kedua, saya dah tak keruan, sebab suami dah balik ke Ipoh. Sedangkan saya masih perlu bawa baby untuk check darah. Nasib baik ada adik saya yang sudi masuk kerja lambat, dan seorang lagi adik saya sudi MC :p

Rutin ke klinik berakhir pada hari ke20 kelahiran. Harap2 kuning tidak menyerang semula.. Setakat hari ni baby baik2 aje. Kuning pun dah tak nampak kat mata atau kulit.

Dengan rutin yg 'merisaukan' dan 'penuh dengan tension' tu, saya masih boleh menjalani waktu berpantang denagan bertenaga. Apa rahsianya? Sungguh. Saya bukan bercakap kosong. Nak dibandingkan dengan kelahiran pertama dulu, mmg jauh beza. Anak pertama tidak jaundice, tapi saya yang demam menggigil2. Masa tu saya belum jumpa vitamin Shaklee. Ya, Shaklee memberi kesegaran dalam tubuh saya ketika berpantang kali ini. Tiada stress, tiada murung, badan pun rasa sihat, luka cepat baik, susu badan lancar, mengantuk waktu siang pun takde tau. Dan yang bestnya kerana mengambil Zinc setiap hari kulit kepala saya tidak gatal2 lagi. Rambut pun tak gugur lagi.

Setiap pagi saya ambil 1biji Vita-lea, 1biji B-Complex dan 1biji Vit-C. Selepas lunch ambil Zinc dan Omega . Malam saya ambil oste. Memang berbaloi beli set berpantang Shaklee ni.

Anda boleh hubungi saya (anida.ae@gmail.com) untuk dapatkan info / nak beli vitamin Shaklee ini. KAmi ada menyediakan pakej menarik untuk membantu ibu2 terus kekal sihat dan segar selepas melahirkan permata hati :)




CONVERSATION

1 comments:

  1. bpe harga? aku ada bli VCO catalyst dr member.. bole ngam x ngan shaklee..

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah cermin
Dah baca, harap komen :-)

Back
to top